CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

HAPPY ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

HAPPY BIRTHDAY ARYAN MIKAEL

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, March 31, 2011

KENCING KOTOR......sakitnye !!!!!

Rasa lama tul aku x jengok blog aku ni….baru je sapu sesawang yg ada kt blog aku….(kire kemas-kini la…) dah nk biarkan blog ni bersawang balik…Oh! no tidak….letih tau asyik kemas je….
Bukan apa serang ni bz sgt dgn tugas hakiki aku…al-maklum la tak lama lg student aku dh nk final….so…habiskan la amali mana yg x buat lg tu…

Punca Kencing Kotor
 korang pernah dengar penyakit KENCING KOTOR (klik la perkataan 2 klu nk tau) tak….? eh serius tau penyakit ni….cerita ini berdasarkan kejadian yg tgh berlaku skrang ni pd aku.  takde malu nak share sbb aku tak nak korang nnt rasa apa yg aku rasa….

Kali ni dah kali kedua aku kena…pertama kali aku kena masa anak dara….waktu tu aku tengah tunggu waktu konv. Biasa la…bila duk rumah jd penganggur terhormat…keje aku makan tido…makan tido…so badan pun naik la….dek takutnye badan naik nnt x leh nak pakai baju konvo yg aku tempah, aku pun nekad utk ambil ubat kurus (nama ubat dirahsiakan). Bukan x boleh nak makan ubat kurus (ubat yg dibenarkan oleh kementerian kesihatan Malaysia) tapi bila dah makan ubat tu kite dinasihatkan untuk minum air masak yang banyak…kalau korang x caya cube korang baca arahan kat kotak ubat tu…mesti ada punya.
Masa kejadian tu memang badan aku jd kurus…bukan kurus sebab makan ubat kurus…tapi sebab aku dapat penyakit KENCING KOTOR… Puncanya kalau korang nak tau ialah KURANG MINUM AIR MASAK……haa…baru padan muka aku….sakitnya hanya Tuhan saja yang tau….x dapat buat keje…x dpt tidur….serba serbi la x dpt buat….lama gak la aku sakit….sampai aku jumpa doctor…makan ubat baru la ok….tp time 2 badan aku dah kurus la….bila time konvo je kawan2 aku tnya aku sakit ke….aku jawab x tp dalam hati mmg aku sakit pun…..

Nak dijadikan cerita post aku kali ni….waktu dan ketikanya sekarang ni aku dapat balik penyakit KENCING KOTOR tu….dah hampir seminggu aku rasa x selesa dgn keadaan aku sekarang ni…tp disebabkan duk sibuk berkerja kadang2 terlupa lak sakit tu….Sakit kali ni x seteruk sakit yang dulu…. Sakit yang dulu mmg sakit giler…tp yg kali ni cuma ngilu-ngilu je kat pundi kencing kite tu….hari ni boleh dikatakan dah 10 kali aku ke tandas untuk terkucil….pg tadi aku ngadu kat kawan aku ( kak ikin, Farah, Kak ros & dayah ) saje je masukkan nama korang…hihihi. Kak ikin biasa la mst marah aku pny….dia marah sebab dia sayang aku kot…hahaha…. Dia kata aku degil coz malas nak minum air masak….tu la problem aku sekarang…aku ni x suka minum air masak….boleh kira berapa liter je yg aku minum setiap hari….semalam seingat aku 2 cawan je aku minum air masak yg lain semuanya air yg mengandungi gula…..”apa la kau ni mimi cube la disiplin sikit, kalau sakit kau gak yg tanggung”…(hati aku berkata-kata) Pagi tadi selapas solat subuh aku mmg da tak sedap rasa kat bwh perut ni….lagi teruk dari semalam-semalam. Bila nk kencing je sakit sangat rasanya….lebih-lebih lagi bila kencing yang penghabisan.

Aku bgtau hubby, dia suruh gi klinik….dalam masa yang sama duk membebel gak kat aku…kata aku ni malas minum air masak….beli bekas air mahal2 (Tupperware) tapi x mimun….orang beli awak pun nak beli…tu air dalam kereta tu dah seminggu abg isi tp tgk x luak2 pun…bla…bla…bla… then xpelah, aku watt bodo jekla wlupun tahan2 kan jugak rasa ngilu-ngilu tu.

Pagi tadi lepas je breakfast dgn kaki kin & kak ros….aku just gi farmasi je….malas la nk gi klinik….beli ubat lawas kencing….taukeh tu kata….bahaya woooo….boleh rosak lu punya buah pinggang klu x makan ubat….So aku pun beli la ubat tu dgn harga RM38.00…..cuma ubat tahan sakit, ubat minum utk cuci pundi kot dan antibiotik saja. Antiobiotik sangatlah penting utk dimakan yer…nasihat dari itu taukeh farmasi tu… minum air masak banyak2 dan jangan tahan kencing.

Bermula dari pagi tadi sehingga sekarang lepas je waktu makan….aku msti makan ubat tu….taukeh tu kata msti habis ini ubat….lagi satu pesan dia sebelum aku melangkah keluar dari dia punya farmasi…..Nanti kasi munim air manyak2 ya……okeh taukeh…TQ LOL….

Take care urself, dan jangan miss minum 8 gelas air masak sehari ok!!......Till then.

Saturday, March 26, 2011

Rindu Muhammadku - Haddad Alwi, Anti & Vita

IBU - Haddad Alwi feat. Farhan

Wednesday, March 23, 2011

M.A.M.A......


Last night after i selesai memasak...hidangkan makanan untuk hubby....just only sepinggan spaghetti je makanan utk santapan malam tadi...." Abg, wat satu pinggan je la ye....nanti sayang kongsi dgn abg " bukan i malas nak basuh pinggan tp malas nk mkn mlm ( x diet pun ).
Sharing Is Caring
Tgh temankan hubby makan kat meja makan, Mikael putera kesayangan i duk sibuk berjalan sana sini. Al-maklum la budak baru dapat berjalan...." Dah macam orang mabuk mama tgk Mikael ni " Mikael memang budak rajin. Sejak dah mula dapat berjalan ni jarang dah dia nak merangkak.

Tgh duk borak2 dgn hubby tetiba Mikael merengek2...ngada-ngada la tu...minta perhatian baba & mama sebab kitaorang x layan dia.....kesian lak tgk anak mama ni....i leave my hubby makan sorang2 kat meja tu....than ambil Mikael bawa dia depan tv sambil borak2 manja dgn dia....kata kt dia..." Mama sayang mikael sgt, mikael budak pandai, mikael budak comel...bla..bla...bla..." 

Than what u know??? Tetiba i dengar satu perkataan yang membuatkan i rasa terharu + gumbira + berbunga-bunga perasaan bila i dengar perkataan MAMA dari mulut Mikael......OMG.....Mikael pandai sebut MAMA.....buat pertama kalinye....b4 this dia hanya pandai sebut baba....baba...baba....je. Mungkin itu je ayat yg Mikael tahu...tapi bila dah sebut baba...baba...baba...tentu la hubby i bangga kerana panggilan anak untuk dia ialah BABA....sure la i jealous....sbb Mikael tahu ckp BABA je....tapi malam tapi i rasa nak nangis je bile dgr mikael panggil MAMA.....mama sayang Mikael sangat. Terima Kasih Mikael coz panggil mama…MAMA.

Tuesday, March 22, 2011

Kita Manusia Biasa

Bertanya Seorang Teman
Ke Mana Nak Di halakan Sombong Itu
Sedang Hati Kecil Merengus Malu

Ke Mana Nak Dicampakkan Niat Suci
Jika Memberi Kau Niat Nak Budi

Jangan Dibutakan Mata 
Jangan Dipekakkan Telinga
Jangan Dimatikan Hati
Jangan Dibuang Simpati

Yakin lah
Suatu Hari Akan Dihitung 
Buku Amalan
Kanan & Kiri

" GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY "

Jom la join " GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY "...nak tahu lebih lanjut klik banner tu...
Syarat-syarat Penyertaan

1. Mesti jadi follower PeoNy PiNky
2. Buat entry tajuk : " GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY "
3. Letak banner macam kat bawah ni : (Bahagian sidebar dan dalam entry post)
4. Tag 3 orang rakan anda...Pastikan mereka tahu mereka di tag...
5. Link kan post entry anda di bahagian komen bawah entry ini ...
6. Tarikh tamat penyertaan pada
30 APRIL 2011 jam 12 tengah malam.
Saya nak tag:


Monday, March 21, 2011

K.A.W.A.N OH! K.A.W.A.N

Kata Mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
Habis madu sepah dibuang..... ..
 Kata Ayah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
Dipandang cantik dipegang sakit.....
Kata Atuk,
KAWAN tu seperti air
Terus mengalir.... .

Kata Nenek,
KAWAN tu bak bulan
Dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana....
 
Kata Sedare,
KAWAN tu mcm makanan,
KAWAN makan KAWAN!!!!

Kata Abang,
KAWAN tu seperti lembu
Mengikut saje ape dikata...... ..

Kata Kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
Bau je busuk tapi sedap dimakan....


Kata Adik,
KAWAN tu macam biskut
Sekejap ade sekejap takde.......

Kata Aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
Walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR,
BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM
BISKUT!!! dia tetap
KAWAN...

 

Tau tak sebab ape???
Sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia tetap
KAWAN aku..
Tapi please la.....tolong jgn hilangkan kepercayaan aku pada kau KAWAN!!!!!!!!!!!!!!!

Aku Yang Menurut Perintah.....

Hai....baru je dpt relax....kls hari ni aku tamatkan 2 jam awal....bukan aku malas tp banyak betul kerja yg perlu diselesaikan....masih banyak lg file x-students untuk aku keyin....

bersepah giler
bile la nk tersusun mcm ni????
 ( tp curi skt masa utk blog aku ni ). Hari ni x wat amali pun.../just ajar teori je kat anak murud aku....Alhamdulillah apa yg aku ajar senang diorang faham....walaupun dlm sistem SMK ni x de teori sgt tp aku ajar untuk fahaman mereka.Prinsip elektrik....pengiraan Voltan....arus....rintangan.....
rumus paling mudah dlm subjek elektrik
 
Bab kira2 ni anak murid aku cakap mereka memang failed. Lebih2 lg bila melibatkan rumus. Tapi bile dah aku ajar satu persatu mereka jadi seronok untuk balajar & mencuba....Bila tengok mereka bersemangat...aku pun lg bresemangat nk ajar mereka....tp....maaf ye anak2 muridku....saya terpaksa habiskan kelas awal kerana bnyk sungguh kerja yg perlu sy selasaikan.....tp sebelum awak nk tinggalkan kelas.....salin soalan ni dulu.....sapa betul banyak nnt saya bg hadiah....( bg semangat skt pd diaorang utk mencuba + jgn kedekut untuk memuji bila mereka pandai ). 
sekali-sekala beri la nak murid kite hadiah tanda penghargaan kita pd dia kerana mereka bersungguh2 utk menuntut ilmu
 Tapi...coretan hari ini bukan itu yg aku nk sampaikan...sebenarnya ada sesuatu yg aku ingin luahkan dlm blog aku ni....dr hr jumaat lepas lg aku nk coretkan tp x kesampaian atas sebab kesibukan diri. Ni berkenaan tempat aku berkhidmat.....bukan nak memuji tp sedikit nk mengkeji ( x de la teruk sgt nk keji ni....lgpun di tempat ni lah aku mencari rezeki untuk sesuap nasi. syukur dgn apa yg ada ) sebenarnya....aku x tau sgt cerita ni, tp bila baca post rakan sejawat aku kt facebook baru aku tahu bahawa tempat parking kt kolej aku ni dh dilabelkan dgn setiap jawatan yg ada....
Gambar sekadar hiasan
jd orang yg berpangkat je la yg dpt parking berbumbung....aku, pensyarah biasa ni parking la keje kt luar je.....walaupun bnyk parking kete yg kosong lepas ni....bukan apa takut nk parking tempat orang....apa semua ni ha !!!! cecite...cecite........kenapa leh jd macam ni....orang bawahan mcm aku selalu jd mangsa keadaan.....semenjak dua menjak ni aku dah hilang semanagt nk g keje.....betul kata kawan aku AZAH 
( kalau korang nak baca post dia lak korang click je nama dia tu ) nanti boleh la korang nilai sendiri apa yg dh jd di kolej aku sekarang ni.....

aku rindu sgt zaman2 pemerintahan Pak Shukur....dia baik....boleh terima pendapat orang...tp adakalanye kebaikan dia 2, orang salah gunakan tp....zaman tu mmg deboom....huhaaaaaaaaaa.......tensionnye dgn keadaan di kolej sekarang ni.....Ya Allah Kau tabahkan lah hati hambaMu ini untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pendidik dalam mendidik anak bangsa tanpa rasa jemu......aku inginkan suasana tempat kerja yang aman lg harmoni.....
Jiwaku tenang bila dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan
kt sini aku mohon maaf sekiranya ada di antara insan yg membaca post aku ini terasa....sekadar utk meluahkan rasa hati ini...tu je....

Saturday, March 19, 2011

1st GA Dmanja Penawar


1st GA DmanjaPenawar

Syarat-syarat penyertaan adalah:
1. Mestilah menjadi follower blog ini dan satu lagi blog baruDmanja.
2. Buat satu entry di blog anda berkenaan GA ini. Mesti ada gambar di atas.
3. Letakkan gambar/banner GA di sidebar blog anda juga...
4. Tinggalkan komen anda di entry ini.
5. Tag rakan-rakan anda untuk join GA ini.
6. GA ini akan bermula 01 Feb 2011 dan tamat pada 01 April 2011.
Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi ialah:
*Hamper barangan ERAEDAR Marketing Sdn Bhd
bernilai RM100.00 (gambar akan diupload kendian ya)
**Barangan penjagaan wanita dari UNA Kosmetik
bernilai RM80.00.(Gambar akan diupload kemudian)

***Barangan makanan/minuman keluaran ERAEDAR
Marketing Sdn Bhd. Bernilai RM50.00

disini saya tag:
hubby

R.I.N.D.U................

Apanye yg rindu ni....x de apa yg nk dirindukan....cuma rindu nk mencoretkan sesuatu dlm blog ni...dah 3 hari aku x bukak blog aku ni...bz sesangat dgn kerja hakiki sebagai seorang pendidik ditambah dgn kerja2 sampingan sebagai kakitangan kerajaan gred DH.(cari data bekas pelajar KKJNS selaku penyelaras alumni + mengajar kursus pendek cupcake utk makcik2 yg duk jempol ni...bla...bla...bla....).

Jadual waktu kuliah : mcm biasa ajar students wat wiring baru....lepas siap wat pengujian + bg markah.
( Alhamdulillah students aku sem ni semuanya pandai2...saya syg awak semua )

Jadual waktu x de kuliah : cari + taip nama bekas pelajar KKJNS untuk alumi. banyak giler 2....nasib baik ada kawan2 ynag membantu. thanks to Mr. Ghaffar, Mdm Rosmawaty & Mdm Umi Halawati.

Jadual waktu Kursus Pendek : Request dr makcik2 utk belajar wat cupcake + deco nye skali. ingatkan ajar students baya2 students aku yg susah...tapi makcik2 ni lg susah nk ajar....ikut pale otak dia je....kite ckp lain diaorang wat lain kat belakang....penin2....akhirnye ikut suka hati ko orang la makcik nak wat mcm ne cupcake tu....ni aku tunjukkan sikit je la photo yg ada pd aku...

kek yg tengah2 tu je yg aku wat

pandangan atas kek yg aku deco

sentuhan dari kawan2 aku

inilah hasilnye....

ceriakan.....



Ok....Sekian utk kali ini

Wednesday, March 16, 2011

Mengapa Kita PerLu K.A.W.A.N

Ada kawan? 
Rasanya tiada manusia tanpa kawan. Kawan mudah dicari.
Dengan sebentuk senyuman, kawan sudah boleh diperoleh. Dengan teh
secawan di warung, kawan sudah boleh dibentuk.

Nilai kawan dan sahabat jauh berbeza.Jika anda ada teman lelaki,dia
mungkin bergelar kawan, bukan pasangan kekasih. Kena pandai bezakan
dengan kawan, sahabat dan kekasih. Sesetengah orang selesa sebagai
kawan, sesetengah orang ingin dianggap sahabat, sesetengah orang
mahu akhirnya digelar kekasih. 

Perlu lihat tutur kata pada awal
perkenalan, kadang-kadang pada awalnya lagi sudah dapat diduga
apakah dia ingin jadi kawan, sahabat mahupun kekasih.
Ramai gadis bertanya saya soal ini. Dia sudah berhubung dengan saya
selama setahun, mengapa dia tidak faham apa yang ada dalam hati
saya? Perlukah saya memberitahunya bahawa saya menyayanginya lebih
dari seorang kawan?

Nah! Inilah bahananya jika anda tidak cuba memahami riak wajahnya,
tutur katanya dan sikapnya sepanjang berkawan dengannya. Dia mungkin
menganggap anda sekadar kawan, tetapi anda tidak. Anda menganggap
dia lebih daripada itu. Anda mengharapkan cinta tetapi tidak pernah
memberikan gambaran sedemikian. Maka dia tidak memahaminya. Diam-
diam tanpa pengetahuan anda dia menjalin perhubungan dengan orang
lain. Dan orang itu telah pun bergelar kekasih hatinya.

Ramai gadis kecewa direndam perasaan sendiri. Dia memikirkan lain
dan mengharapkan lain tetapi lain pula yang ada pada diri seseorang
lelaki itu. Kena berikan dia sedikit gambaran bahawa anda tidak
sekadar menganggapnya kawan, tetapi kawan yang istimewa, kawan yang
lebih daripada kawan, dan kawan yang ingin dijadikan kekasih.

Bagaimana melakukannya? Anda boleh hantar SMS berbau kasih. Ia
ibarat melemparkan umpan sewaktu memancing. Jika umpan serasi, akan
mengena. Jika tidak, umpan akan terbiar dibawa arus.
Memancing cinta juga begitu. Kena lemparkan umpan dan lihat apakah
umpan disambar. Anda akan menerima balasan yang hampir serupa. Jika
ayat-ayat power yang diberi, ayat-ayat power juga yang sampai
kembali, itu antara lain tandanya kasih bersahut. 

Jika kata-kata
berbau kasih, sayang dan cinta yang diberikan, yang diterima kembali
adalah kata-kata yang hampir serupa tandanya umpan anda serasi
dengan selera ikan. Boleh terus memancing, boleh terus menghulurkan
umpan. Hingga akhirnya ikan tersangkut di mata kail, ketika itu
bolehlah tarik joran, pegang dan tangkaplah hasil. Tika itu tidak
perlu berselindung lagi untuk mengatakan bahawa anda menganggapnya
lebih dari seorang kawan. 

Dia adalah kekasih hati dan orang pujaan.
Ramai gadis menjadi mangsa keadaan. Dia tidak pernah tahu dia tidak
dicintai. Dan tidak pernah tahu dia tidak pernah berada dalam
senarai calon untuk dijadikan isteri. Dia berbaik dengan seorang
lelaki dan membiarkan perhubungan itu berjalan dengan baik,
sedangkan dia menyimpan hati, tetapi si lelaki tidak. Setelah
berkawan hampir sepuluh tahun, usia telah lanjut baru tahu dia tidak
sampai ke situ. Dia hanya berbaik, seorang yang baik dan mahu
berbaik-baik.

Kenapa tidak memberikan gambaran awal supaya mudah mengambil
keputusan, samada meneruskan atau beralih arah.
Bercinta adalah seni. Maka anda perlu menggunakan daya kreativiti
dalam meniti di atasnya. Setiap cinta melalui jalan cerita yang
serupa namun tidak pernah sama. Setiap watak yang melaksanakannya
adalah berbeza maka anda perlu memahaminya. Bacalah peribadinya
seawal perkenalan anda dengannnya.

Oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Tuesday, March 15, 2011

Puisi Buat Seorang Lelaki

 
Ku cari bukan timbunan harta menggunung tinggi
Buat menyadur kemewahan dengan emas berkilau
Ku cari mana dia Abu Bakar As-Siddiq
Untuk menjadi tangan yang di atas walau sendiri tiada apa.

Ku cari bukan tinggi pangkat dijulang melangit
Buat mengukir nama dikenang orang disanjung manusia
Ku cari mana dia Umar Al-Khattab
Untuk memikul amanah tanpa balasan juga alasan.

Ku cari bukan lantang suara menangkis kutukan
Buat melepas baran membara dari lubuk sanubari
Ku cari mana dia Al-Ahnaf
Untuk memaafi segala apa keji dan maki.

Ku cari bukan canggih teknologi di hujung jari
Buat merasai kesenangan hidup dunia moden
Ku cari mana dia Ali Karamatullahi Wajhah
Untuk memanfaat pemodenan dengan ilmu dan hikmah.

Ku cari mana dia lelaki acuan Qur’anik
Untuk bersama menggenggam bara api
Ku cari mana dia lelaki didikan Islamik
Untuk bersama menempuh badai kejahilan

Dalam heningnya malam
Dan dalam tenangnya sujud
Aku mencari mereka
Dengan sekudus hati nurani

Moga kutemui mereka
Dalam diri ini dan semua muslimin.

Monday, March 14, 2011

1.4.3 ( i L.o.V.e YoU )

HaPPaY 143.....

laa.....ada " hari sayang " rupa nya semperna tarikh 143....boleh x perasan lak.....
To all who get to know this ... " HaPPaY L.O.V.E DaY "
To my mom, dad, my sibling, HUBBY & Mikael....i always love you all.....
I'm so happy to have you all in my life. You all are very special to me....
The world would be happy if all the people happy

" HaPPaY L.O.V.E DaY "

WARKAH BUAT ABANG.....(suamiku)

salam....

Abang....ketahuilah, pada dunia ini abang cuma seorang manusia biasa tp pada sayang, abanglah dunia sayang, abang jugalah akhirat sayang. "syurga ku terletak dibawah tapak kaki mu" " maafkan sayang kiranya selama perkahwinan kita ini sayang selalu menyakiti hati abang dengan sengaja @ pun tidak...ampunkan sayang abang...."
 
Abang..... sayang mungkin tidak secantik perempuan di luar sana, tidak sehebat gadis di sekeliling abang...tp ketahuilah..untuk abang, sayang akan cuba menjadi yang terbaik, yang sempurna di mata abang, walaupun sampai sekarang ini sayang belum dapat mengubah perangai sayang yang dulu..... Mohon  abang janganlah sia-siakan sayang dan Mikael.

Abang..... masakan sayang mungkin tidak sesedap masakan mak....tapi bila melihat abang menjamu selera dari air tangan sayang, sayang tahu abang senang dengan masakan sayang tu.....tak pernah sekali pun abang tak menghabiskan makanan yang sayang masak walaupun ada kalanya sayang sendiri mengakui makanan itu kurang enak rasanya. 

Abang....sayang mungkin banyak kali melukakan hati abang, tapi ketahuilah bahawa sayang amat menyintai & menyayangi abang....marah abang itu ada sebabnya...sayang faham....abang tak nak sayang ulangi kesalahan itu berulang kali....tegurlah setiap kesalahan dengan berhemah.akan sayang perbaiki kelemahan itu dan atasi kekurangan itu..
 
Abang, sayang bangga mengandungkan dan melahirkan zuriat abang, walaupun pada mulanya sayang nak lambat anak itu tapi bila Allah berikan rezeki pada kita cepat sayng terima dengan hati yang senang....sayang dapat rasakan seolah2 nadi sayang bersatu dengan nadi abang di saat Mikael membesar dalam rahim sayang, inilah hadiah terindah dari sayang untuk abang, abang janganlah sia-siakan sayang & Mikael..kasihilah dan kasihanilah sayang & Mikael seadanya kerana hanya abang tempat kami bernaung.

Abang, sayang senang jika abang gembira dan sayang sedih bila abang berduka.. namun, sayang lagi senang jika abang sudi berkongsi segala suka dan duka abang dengan sayang...kita hidup sebumbung dan biarlah suka duka itu kita harungi bersama.

Abang, sayang suka melihat abang tersenyum dan ketawa.. tapi adakalanya wajah abang membuatkan hati sayang kurang best....sayang pun tahu abang juga senang melihat air wajah sayang yg selalu bermanis di hadapan abang..namun, fahamilah..sayang hanya seorang perempuan biasa yang punyai 9 nafsu dan 1 akal..kadang2 sayang leka, sayang khilaf, maka..janganlah kerana kekhilafan sayang itu, abang menyimpan benci di hati abang, menyimpan dendam di lubuk jiwa abang… dan menghukum sayang dengan hukuman yang tidak mampu sayang pikul…sayang mohon agar abang boleh memaafkan sayang..

Abang, sayang isteri yang di ciptakan dari tulang rusuk abang yang dekat dengan hati dan lengan abang, untuk dilindungi dan dikasihi..bukan tercipta dari bahagian kepala abang untuk di sanjung dan bukan pula dari kaki abang untuk abang pijak.. kasihilah & sayangilah sayang seadanya..

Abang, sayang senang cara abang menyintai sayang.. sayang terhibur dengan cara abang mengambil hati sayang, sayang menghargai setiap pemberian abang..namun jika ada masanya sayang seolah2 tidak berterima kasih, ketahuilah bahawa itu bukan niat sayang…sayang cuma sekadar merajuk..sekadar meminta sedikit perhatian dari abang..

Abang…walau ke mana jua sayang pergi, sayang tidak pernah melupakan abang..dan sayang harap abang juga begitu…jangan mudah alpa dengan keindahan di luar sana yang datang meggoda..jangan pernah lupakan sayang & Mikael di rumah yang sentiasa menanti abang.

Abang,sekiranya isteri2 diluar sana mampu untuk bermadu tetapi bagi sayang....sayang tak mampu untuk semua itu walaupun payung emas hadiah untuk sayang di syurga sana.

Sayang tidak sanggup berkongsi kasih abang dengan wanita yang lain...hanya Abang milik sayang, Mikael & anak2 kita akan datang.....

Sayang abang sangat....

Terima kasih suamiku (ABDUL GHAFFAR BIN ABU HASSAN ) kerana terima aku seadanya.....


Thah Apa-Apa Thah...

Masa: Office hour (pagi)
Rutin Harian : Mcm biasa perhimpunan students SMK 1 & SMK 2
lebih kurang la mcm ni....tp student dh besau panjang
Mood : x Baik sgt coz ada sedikit pertengkaran otw nk ke kolej dgn hubby ( hal kecik)
mood lari pg2 isnin ni coz ......
Arahan : Dpt arahan kene bawa semua students SMK ke Majlis Pembukaan Tanah terbiar Kg Jawa ( x de kene mengena dgn pelajar SMK elektrik )
Bla...bla....bla....
Keadaan semasa : * Di tempat kejadian ramai orang tp org tua-tua la....cian anak2 murid aku....ingatkan dpt g majlis dpt la ngorat anak dara....tp wan2, makcik2 je yg banyak.....ha ...ambik kau...ngorat la klu berani......
* Tunggu MB sampai....rupanya kami dijemput untuk meramaikan lagi majlis tersebut.....apa la nasib badan
* Isu tentang pembukaan tanah....bla....bla....tetiba masuk bab POLITIK (menyampah nk dengar....coz aku x suka politik) 
* Bosan...cuasa panas...ketiak pun dh mula nak lembab.....call shahrul (lecturer lg 1 -kata nak bawa budak balik....bosan x de kene mengena dgn kita)
*Shahrul-kuang ajau ko...ko tinggal kan aku dgn students...ko gi mkn dgn driver....aku terbangak-bangak kt tanah lapang yg dipenuhi oleh orang tua yg nk bantuan kerajaan bila menteri besar sampai....hai.....
Class Cencel....tak patut
Perjalanan pulang : Cakap kat students petang ni kelas BATAL....saya banyak keje....hihihi tp menghadap PC tulis blog....emmmmm....PENSYARAH KAH AKU???? Minta maaf bebanyak....coz hari ni betul2 aku letih
Ampunkan aku...tak terniat di hati nak makan gaji buta hari ni......