CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

HAPPY ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

HAPPY BIRTHDAY ARYAN MIKAEL

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, February 22, 2011

UMUR KU DAH 28 THN....


Kek bunga pink 2 syg aku belikan....kek chocolate 2 lak student aku bg....

Hari ni 22 Februari 2011, genap umur aku 28 thn. Bermakna telah 28 thn gak aku bernafas di muka bumi Allah yang yang terbentang luas dan sungguh indah ini. Di bumi Allah ini juga lah aku menumpang dan menagih simpati dariNYa yang maha Esa utk aku terus bernafas tanpa sebarang bayaran…kenapa aku cpk mcm 2…..??? Cuba korang fikirkan sekiranya Allah mengenakan bayaran terhadap udara yang kita hidu utk bernafas…mampukah kita???Banyakkah duit kita utk membayar semua itu…so korang fikir2kan lah…apa maksud yang tersirat dr apa yang aku tuliskan ni. Terima kasih ku ucapkan kepada MU ya ALLAH…kerana MU aku hidup dan kerana MU jua aku mati…..
Kek ni aku wat sendiri....rasa dia....boleh la...

Berkenaan dgn hari ni, 22 Feb 2011…aku ucapkan Selamat Hari Lahir kepada diriku ini. Semoga tahun ini akan mendatangkan banyak kebaikan kepadaku dan keluarga….amin…Aku memang jarang menyambut harijadi, sekadar ucapan dari hubby bila sudah berumah tangga ini dan kemudian keluar makan bersama di luar. Itupun tgk keadaan kalau mood aku nk keluar mlm, coz sejak dah ada Miakel ni aku mmg jarang-jarang keluar mlm….. Ucapan Selamat Hari Jadi dr suami ku yg tercinta telah aku dengar tepat jam 12.05am tadi so itu tandanya suami aku orang yg pertama wish kt aku…diikuti dgn adik aku Dikwa….kemudian kwn aku Kak Raftah………( top 3 who the first person wish hepi birthday 2 me). Tahniah! Tapi korang x dpt hadiah ye…hihihi. Kepada kawan2, students, saudara-mara yg wish kt FB tu terima kasih banyak2.

Mengimbau lagi ke zaman remaja, adalah rakan2 meraikan sambutan hari jadi aku ni. Makan kek di bilik darjah tak pun kt KFC. Ye lah kat sini ( bahau & kuala pilah ) restoran fastfood 2 je yg ada. Dapat kad ucapan dari adik-adik. Sebahagian kad itu rasanya ada aku simpan lagi. Wish dari ayah dan mak. Terharu sgt2. Lg satu sambutan dari anak2 murid aku dulu…..fiq,kaider,jamal,Prakash,barry,Yau,Aie,Acap,Shukri, fifi,joe & ada lg tp lupa lak nama dak2 ni. tq 2 all of u…





Terima Kasih kepada rakan-rakan yang mengingatiku. Moga doa-doa kalian dimakbulkan Allah dan aku punya tanggungjawab besar selagi hidup.

1 comments:

wanie

haha.. num 2 tu.. not bad la.. welcome2... mak ckp mak tggu ye ko blik umah ni.. blanje die.. open table maa...

Post a Comment