CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

HAPPY ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

HAPPY BIRTHDAY ARYAN MIKAEL

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, February 24, 2011

BAJU BATIK - UnTuK HaRi KhAMiS...


Batik 1 Malaysia

Hai….hari ni hr Khamis,cam biasa la sebagai government servant kite kene la pakai pakaian rasmi khas utk hr khamis….korang mesti taukan pakaian ape tu….hihihi mesti lah baju batik….ni nk story mory la skit tentang baju batik…asal sebut je batik mesti korang tau kan negeri mana yg popular dengan pembikinan kain batiknye….Terengganu & Kelantan lah. Bukan negeri lain 2 tak de wat kain batik…ada tp x semewah 2 negeri 2….bg aku lak, aku mmg suka corak batik buatan negeri Terengganu…cantik2 batik dia….

Kalau sebut batik ni….tentu la korang fikirkan kain sutera kan…aku punya banyak la koleksi sutera batik ni…..dari yang murah hingga yang mahal ( x mahal mane pun ). Asal ge je Terengganu mst aku akan sambar 1-2 helai utk wat baju kurung utk g keje @ urusan rasmi….nk pakai utk kenduri x kot….mcm janggal je pakai batik….malu la….

Sebenarnye walaupun aku bnyak koleksi baju batik sutera tu tp aku jarang sekali nk pakai wat gi keje….nak tau kenapa????bukan syg sbb baju tu mahal tp…. Sebabnye aku ni malas nak gosok kain sutera….pergh….bukan main susah aku rasa nk gosoknye….nak hantar dobi rasa membazir la pulak….sedangkan baju-baju lain mmg aku dah malas nak gosok ni kan pula baju sutera….tapi kekadang tu aku pakai gak….ye lah dah beli x kan nk biarkan dlm almari 2 je….mcm hari ni, aku pakai baju batik sutera ...sbb tetiba je aku jd rajin hari ahad lepas utk gosok baju ni….kire mood rajin dtg la 2….tp minggu depan….minggu depan…depan…x tau lg….

Hubby aku mmg x berape suka la bila tiap kali kalau g terengganu nk sutera….asal pegi je nk 1….tp nnt x pakai….membazir katanye….tp aku x fikir mcm 2….kalau aku nk aku beli je la…pakai x pakai 2 lain kire….janji beli….hihihi….sebenarnye kat post ni aku bukan nk cerita tentang berapa banyak aku punya koleksi kain sutera tp dah sutera ni mmg sinonim dgn corak batiknye dan kebanyakkan penjawat awan mmg pakai batik sutera pd hr Khamis & urusan rasmi so kat sini aku cerita la serba sedikit tetang tajuk dibawah….( aku copy paste dr Rumaizi’s Official WebBlog ) utk pengetahuan umum…

Hukum memakai sutera ketika sembahyang

MUQADDIMAH

Industri tekstil dan fesyen berkembang maju dengan terhasilnya pelbagai jenis kain seperti cita, cotton, sutera, polyster dan sebagainya. Selalunya, selain daripada paten, potongan , corak dan jenama, jenis kain juga mempengaruhi harga. Sudah menjadipengetahuan umum, kain sutera adalah salah satu jenis kain yang mahal harganya.
Perkembangan fesyen yang begitu pesat, dipelopori pula oleh pihak kapitalis dan orang-orang barat yang tidak mengambil kira hukum-hakam , menyaksikan lambakan pasaran pakaian yang diperbuat daripada sutera samada pakaian lelaki atau perempuan.
Banyak tali leher yang menjadi trend berpakaian moden pria diperbuat samada daripada sutera seratus peratus, atau campuran dengan bahan lain.
Kertas kerja yang terbatas ini cuba untuk membincangkan berkenaan hukum
memakai sutera bagi orang lelaki khususnya, dan kesannya terhadap ibadat sembahyang sebagaimana persoalan yang dikemukakan di atas.

ASAL-USUL SUTERA
Dalam The Dorling Kindersley Illustrated Factopaedia, diterangkan secara ringkas tentang asal-usul sutera yang berasal daripada kepompong rama-rama sutera yang dikenali secara saintifiknya sebagai Bombyx Mori. Ia diproduksi oleh ulat rama-rama putih yang dikenali sebagai ulat sutera yang memintal kepompong sutera.
Kepompong ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam air panas yang menggelegak dan kemudiannya, sutera tersebut akan dikeluarkan dan dipintal menjadi benang. Setiap kepompong dikatakan dapat menghasilkan sehingga lebih daripada 1 lometer panjang. Daripada benang inilah kemudiannya ditenun menjadi kain.Biasanya, kain sutera asli mengeluarkan bauan yang harum.

HUKUM 1 : ADAKAH SUTERA ITU NAJIS ?

Prof. Dr. TM. Hasbi Ash Shiddieqy dalam himpunan buku kuliahnya, Ahkam Al-Fiqh Al-Islami atau Hukum-hukum Fiqh Islami menyatakan, air mata dari sesuatu yang masih hidup, peluhnya, air liurnya, air hidungnya. Hanya kesucian segala benda yang tersebut ini, apabila dia itu dari binatang yang suci, baik binatang itu dimakan dagingnya
atau pun tidak. Demikian pendapat Syafe’i. Manakala ulama Hanbaliyah berkata, suci air mata, peluh, air liur dan air hidung apabila yang demikian itu daripada binatang yang dimakan atau dari selainnya asal sahaja binatang yang semisal kucing atau yang lebih kecil daripadanya dan bukan pula keluar dari (jalan) najasah.
Kepompong sutera adalah sesuatu bahan yang keluar daripada mulut ulat sutera yang kemudiannya ia memintalnya menjadi kepompong yang membaluti dirinya. Dalam kitab Sabil-Al-Muhtadin, Syeikh Arsyad Banjari menyatakan, dan demikian lagi, suci
ulat sutera dan telurnya iaitu yang keluar daripadanya ulat sutera.
Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa sutera itu tidaklah najis, maka ia adalah sesuatu yang boleh disentuh, dipakai dan disimpan. Persoalan yang akan kita bincangkan seterusnya ialah hukum pemakaian sutera samada oleh lelaki atau perempuan.

HUKUM 2 : PEMAKAIAN SUTERA.

Adalah diketahui umum, bahawa hukum memakai sutera adalah haram bagi lelaki tetapi diharuskan bagi perempuan. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil yang ditunjuki oleh nas As-Sunnah. antaranya;

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Umar bin Khattab RA yang berkata; Rasulallah SAW telah bersabda; Kamu jangan memakai sutera. Maka barang siapa yang memakainya di dunia tidak akan memakainya di akhirat.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Anas RA katanya; Rasulallah SAW bersabda ; Sesungguhnya ini adalah pakaian orang yang tidak ada bahagian untuknya ( di akhirat ).
Daripada kedua-dua hadis di atas, Rasulallah SAW melarang memakai sutera dan diancam pula dengan keadaan yang akan berlaku di akhirat kelak. Ia dibuat dengan lafaz umum tanpa mengkhususkannya kepada sesiapa.Kemudian terdapat pula hadis berikutnya yang mengkhususkan pengharaman itu kepada orang lelaki sahaja.

Diriwayatkan oleh Abi Daud, dari Ali KW katanya : Aku melihat Rasulallah SAW memegang sutera di tangan kanannya dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda :Kedua ini haram kepada orang lelaki dari umatku.
Dan hadis yang berikutnya pula mengkhususkan lagi bahawa ia haram bagi
lelaki tetapi harus pula buat perempuan.
Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Abu Musa Al-Ansary RA katanya; Rasulallah SAW bersabda; Telah diharamkan memakai sutera dan emas pada orang lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi orang perempuan mereka.
Manakala hadis berikutnya mengkhususkan lagi penggunaannya. Diriwayatkan oleh Bukhari dari Huzaifah RA katanya ; Nabi SAW melarang kami minum dalam bekas daripada emas dan perak atau makan di dalamnya, dan juga memakai sutera yang halus atau tebal atau duduk di atasnya.
Berdasarkan kepada riwayat-riwayat di atas, adalah jelas bagi kita bahawa pemakaian sutera adalah diharamkan untuk lelaki tetapi diharuskan untuk wanita sebagaimana juga emas dan perak.
Walau bagaimanapun, di sana terdapat riwayat yang mengecualikan pengharamannya atas sebab-sebab kesihatan.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas RA katanya; Rasulallah SAW telah mengizinkan Az-zubair dan Abd. Rahman bin Auf memakai sutera kerana kedua-duanya sakit gatal-gatal.
Adalah jelas bahawa pengharusan sutera kepada lelaki hanyalah atas sebab-sebab kesihatan seperti penyakit kulit dan bukannya atas sebab-sebab yang lain,samada sebab imej atau gaya.

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

Sekarang kita tinjau pula syarat-syarat sah solat sebagaimana yang
diterangkan dalam kitab-kitab Fiqh khususnya dalam mazhab Syafe’i.
Al-Imam Syazali dalam kitabnya Al-Wajiz menerangkan bahawa syarat-syarat sah solat ialah;
1. Suci daripada hadas, samada hadas kecil atau besar. Orang yang hendak mendirikan
solat mestilah tidak dalam keadaan junub atau berhadas besar yang mensucikannya
dengan mandi hadas dan juga hadas kecil yang mensucikannya ialah dengan wuduk.

2. Suci daripada kotoran yakni najis, samada pada badan, pada pakaian dan pada tempat solatnya.
3. Menutup aurat. Bagi lelaki auratnya dari paras pusat sehingga lutut manakala bagi
perempuan kesemua anggota tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan.
4. Meninggalkan berkata-kata, yakni tidak berbicara dalam solat.
5. Meninggalkan perbuatan yang banyak, iaitu tidak bergerak dengan pergerakan yang berat lebih dari tiga kali.
6. Meninggalkan makanan, yakni tidak makan ketika solat.

Dalam kitab yang lain pula meletakkan syarat sah solat dengan tambahan mengadap kiblat dan mengetahui masuknya waktu solat.
Dalam syarat-syarat di atas, soal pakaian yang dibincangkan hanyalah dari segi kesuciannya dari najasah dan juga pakaian itu menutup aurat. Tidak kedapatan dalam syarat-syarat tersebut, dan penghuraiannya, tentang pakaian itu hendaklah yang harus dipakai.

KESAN MEMAKAI SUTERA DALAM SOLAT

Berdasarkan huraian di atas, samada dari segi pengharaman memakai sutera, dan juga syarat-syarat sah solat mengenai pakaian, ianya mempunyai kaitan yang berbeza.
Pengharaman memakai sutera bukan kerana kenajisan sutera tersebut di mana hanya lelaki sahaja yang dilarang memakainya dan tidak pada perempuan.Jika sekiranya sutera itu sesuatu yang najis, maka sudah tentu keharamannya juga meliputi kaum wanita.

Manakala solat tidak sah, jika sekiranya pakaian itu bernajis dan juga tidak cukup syarat menutup aurat. Kesimpulannya, jika sekiranya pakaian sutera itu dipakai tanpa ada apa-apa najis dan juga cukup syarat menutup aurat, maka solatnya adalah sah dan ia tidak mendatangkan kesan apa-apa dari segi sah batalnya solat.

Persoalannya, pakaian sutera itu haram di pakai, samada di dalam atau di luar solatoleh lelaki. ianya sama dengan hukum memakai pakaian yang dirampas, dicuri dan sebagainya yang bukan miliknya yang mana ia tidak menjejaskan kesahihan solat seseorang. Justeru itu dapat difahami bahawa memakai sutera bagi lelaki di dalam solat tidak memberikan apa-apa kesan kepada solatnya dari segi hukum Fiqh, dan ianya hanya mendatangkan kesan dari segi diterima atau tidak solatnya kerana jelas memakai sesuatu yang diharamkan dalam solat. Sedangkan solat itu ialah mengadap Allah SWT dan sayugianyalah mengadap Allah SWT hendaklah dengan keadaan taat kepada perintah agama dan menjauhkan larangan agama.
Sedangkan penerimaan solat oleh Allah adalah urusan-Nya, kerana orang yang cukup syarat pun kita tidak tahu samada solatnya itu diterima atau tidak. Kemungkinan, jika kita tinjau dari sudut Tasawuf, maka penghuraiannya adalah berbeza.Oleh kerana kertas kerja ini berkisar kepada persoalan Fiqh semata-mata, maka kita tidak berhasrat untuk menghuraikan dari sudut disiplin ilmu yang lain.

KESIMPULAN

Berdasarkan huraian di atas, adalah jelas bagi kita, bahawa solat seorang lelaki yang memakai sutera tidak memberi apa-apa kesan dari segi sah-batalnya mengikut hukum syarak. Cuma, orang itu adalah berdosa kerana memakai sesuatu yang diharamkan oleh syarak, samada ia dipakai dalam solat atau pun di luar solat.

Wal-Lahu A’lam.

BIBLIOGRAFI

1. Imam Nawawi, Riyadh As-Salihin, terj : Salim Bahresy, Pt.Al-Maarif, Bandung.

2. Al-Qaradhawi, Syeikh Yusuf, Halal dan Haram Dalam Islam, PT Bina Ilmu, Surabaya.

3. Prof. Dr. TM Hasbi Ash-Shiddieqy, Hukum-hukum Fiqih Islam, Bulan Bintang, Jakarta.

4. Al-Banjari, Syeikh Arshad, Sabil Al-Muhtadin, Pustaka Nasional, Singapura.

5. Al-jazariy, Abd. Rahman, Kitab Al-Fiqh Ala Mazahib Al-Arba’ah, Dar Ad-Dayan At-Turath, Mesir.

6. Jawad Mughniyah, Al-Fiqh Ala Mazahib Al-Khamsah, Dar Al-Jawad, Beirut.

7. Kitab As-Solah, tanpa diketahui pengarang dan penerbit.

8. The Dorling Kindersley Illustrated Factopaedia, DK Book, London.

1 comments:

wanie

kak long.. batik yg atas tu batik kolej ke..??
kalau ye dikwa nak suggest ko pkai satu tudung ni.. memang sesuai la ngn batik tu.. nak keronsang nye pun boleh.. HAHA

Post a Comment