Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.
" GIVEAWAY PERTAMA MIEMIEZS "
About Me
miemiezs
hai...I'm NORHAMIMI BINTI MOHD NASIR..The eldest daughter of En Mohd Nasir & Puan Zaidah. A lovely mom's 4 my cute little prince - Aryan Mikael & a good wife 4 my beloved Hubby - Abdul Ghaffar.
Salam....hihihi x tau nak tulis ape...exceli aku ni baru nk cube join contest...ni adalah first contest aku join....2 yg x tau nk tulis ape tu...contest ni aku dpt dr adik aku "student L.I.F.E....lama sungguh nk blaja mcm ne nk join contest dr adik2 aku....kire blog abgteror ni lah yg akan menjd perangsang aku utk join contest2 yg berikutnye....InsyaAllah....
contest ni mula hari ni....bertuahnye abgteror kerana menjd org pertama pilihan aku utk aku join contest ni...
jd sape2 nak ikuti contest ni boleh la follow all the instructions kat bwh ni ea..
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
Mestilah warga Asia Tenggara,
tidak menggunakan auto blogwalking, tidak hisap dadah,
tak buat maksiat, tak minum arak,
solat jangan lupe yea,
tidak pernah menderhakai kedua ibubapa,
tidak pernah buang bayi,
tidak pernah lumba haram,
tak pernah terlibat dengan masalah sosial,
tak ponteng skolah (x ponteng kuliah-khas utk anak murid aku),
tak pernah pecah rumah.
Kalau nak follow, follow la.. klau tak still lg sah penyertaan...
then cara-cara penyertaan adalah:
1. Ambil banner dan pamerkan ke blog anda selama kontest ini berlangsung.
2. Abgteror tak wajibkan sesiapapun untuk membuat entry atau tag rakan. (kalau nak alhamdulillah, syukur, tuhan jea yang dapat balas jasa baik anda) Abgteror benarkan untuk copy paste post ini.
3. Cara blogwalking mestilah melalui klik banner yang diberikan. (untuk mendapatkan referal blog, bukan dari shoutmix)
4. Abgteror mungkin akan kurangkan bw untuk tidak berlaku ketidakadilan. (bukan sombong)
5. Pemenang akan ditentukan mengikut jumlah link terbanyak dalam stat refferal.
6. Sila sahkan penyertaan anda di ruangan komen.
HADIAH: ..............korang tgk kat blog abgteror. hadiah apa yang abgteror nak bagi...hope korang suke dgn hadiah2 tu...kalau aku dpt hadiah tu aku nk bg kat hubby aku...mesti dia pun suke dan lepas ni msti dia active balik nk tulis blog. caiyuk....blog beetle hijau ku.
p/s : aku tak tag sape2 okeh.. b'coz aku tak bape reti sgt pasal contest2 ni.. juz want to try je..
kampung ni Kampung Juasseh.kat kampung ni orang ramai hidup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni... ada la sorang laki ni. Nama dia aku x tau tp org2 kt kg 2 panggil dia "toyol". Toyol ni orangnya x bape betul skt otaknye...So... ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita...
Pada suatu hari... si toyol ni gi la masjid nak semayang jumaat... ey... ni educated nyer orang gila tau... semayang tak tinggal. Contohi lah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang... korang yang siuman ni pun semayang la gak ek... ok, sambung citer.
Lepas si toyol ni semayang jumaat, dia nak balik la kan. So... masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi... mengamuk la dia...
Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: "kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat.!!!!!!!..." selipar jopun toyol
Semua orang menjadi takut... ye la... orang gila kan... memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang kang... ha... naya.."kepada sesiapa yang curik selipa kesayangan aku tu... baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!" orang yang curik selipar dia 2 namanye Haziq ( anak cik nasir atas bukit) lalu orang yang curik tu pun pulang la balik.
"lek la bang... ajit gurau jek"
Tapi toyol memandang ajit dgn muka yang serius... muka macam nak makan orang gitu... haa... lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah toyol... takut la tue... lalu tok imam pun menegur toyol dan bertanya; "kalau budak ajit tu tak pulang selipar kamu apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??" dengan suara dan wajah yang slamber..toyol pun berkata
Kek bunga pink 2 syg aku belikan....kek chocolate 2 lak student aku bg....
Hari ni 22 Februari 2011, genap umur aku 28 thn. Bermakna telah 28 thn gak aku bernafas di muka bumi Allah yang yang terbentang luas dan sungguh indah ini. Di bumi Allah ini juga lah aku menumpang dan menagih simpati dariNYa yang maha Esa utk aku terus bernafas tanpa sebarang bayaran…kenapa aku cpk mcm 2…..??? Cuba korang fikirkan sekiranya Allah mengenakan bayaran terhadap udara yang kita hidu utk bernafas…mampukah kita???Banyakkah duit kita utk membayar semua itu…so korang fikir2kan lah…apa maksud yang tersirat dr apa yang aku tuliskan ni. Terima kasih ku ucapkan kepada MU ya ALLAH…kerana MU aku hidup dan kerana MU jua aku mati….. Kek ni aku wat sendiri....rasa dia....boleh la...
Berkenaan dgn hari ni, 22 Feb 2011…aku ucapkan Selamat Hari Lahir kepada diriku ini. Semoga tahun ini akan mendatangkan banyak kebaikan kepadaku dan keluarga….amin…Aku memang jarang menyambut harijadi, sekadar ucapan dari hubby bila sudah berumah tangga ini dan kemudian keluar makan bersama di luar. Itupun tgk keadaan kalau mood aku nk keluar mlm, coz sejak dah ada Miakel ni aku mmg jarang-jarang keluar mlm….. Ucapan Selamat Hari Jadi dr suami ku yg tercinta telah aku dengar tepat jam 12.05am tadi so itu tandanya suami aku orang yg pertama wish kt aku…diikuti dgn adik aku Dikwa….kemudian kwn aku Kak Raftah………( top 3 who the first person wish hepi birthday 2 me). Tahniah! Tapi korang x dpt hadiah ye…hihihi. Kepada kawan2, students, saudara-mara yg wish kt FB tu terima kasih banyak2.
Mengimbau lagi ke zaman remaja, adalah rakan2 meraikan sambutan hari jadi aku ni. Makan kek di bilik darjah tak pun kt KFC. Ye lah kat sini ( bahau & kuala pilah ) restoran fastfood 2 je yg ada. Dapat kad ucapan dari adik-adik. Sebahagian kad itu rasanya ada aku simpan lagi. Wish dari ayah dan mak. Terharu sgt2. Lg satu sambutan dari anak2 murid aku dulu…..fiq,kaider,jamal,Prakash,barry,Yau,Aie,Acap,Shukri, fifi,joe & ada lg tp lupa lak nama dak2 ni. tq 2 all of u…
Terima Kasih kepada rakan-rakan yang mengingatiku. Moga doa-doa kalian dimakbulkan Allah dan aku punya tanggungjawab besar selagi hidup.
(Sebelum jadi balu atau janda, elok aku bagi nasihat buat semua pengantin perempuan di luar sana)
Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, lalu muncul semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta, tapi malangnya di tengah jalan kehidupan berumatangga, mata tiba tiba dah tak tertahan dengan debu yang menerpa ketika menyapu rumah, atau hati sedih melihat tangan yang menjadi kasar dan keras setelah bergelumang di antara kotoran pakaian dan sabun pencuci..
Di dapur pula masih banyak pinggan mangkuk yang belum di cuci, periuk kuali yang belum di gosok, dan gelas cawan yang masih berbaki air minuman, mula di naikki semut dan serangga..
Lafaz menjadi lelah mengenangkan kain baju yang masih terendam belum di cuci, yang sudah dicuci pula belum dijemurkan, dan yang sudah di jemur pada ampaian masih belum di angkat untuk di asingkan.., masih belum bergosok dan masih belum berlipat...
Anak anak pula cepat kotorkan diri, juga cepat laparkan diri lalu kencing serta berak merata rata..
Kemudian datang tetamu ketika rumah masih berselerak, kain baju dan pinggang mangkuk yang bertabur taburan seperti pasir di tepian pantai..Oh! apa yang aku nak masak malam ini?
Nanti petang suami pulang, ingin melihat rumah bersih dan kemas, ingin makan masakan sama rasa seperti masakan ibunya, ingin berehat menonton TV, sambil memesan makanan segera dan minuman panas seperti berada di restoran lagaknya..
Lalu menangislah wanita itu mengenangkan kehidupannya yang menyedihkan, beban kerja bertambah banyak tapi suami tak tolongpun, anak pula berak tapi suami tak ingin nak basuh, lalu hujan turun lantas suami terus tertidur membiarkan kain baju basah di jemuran..
Sebelum tidur suami berpesan, pakaian ke pejabat mesti disiapkan sebelum subuh, mesti bergosok dan stokin harus berbau wangi...
Dan di malam hari pula, masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam...
Ok, cukup sampai situ.
Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara di atas, bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang?
Kenapa?
Ok, sebelum tu, biar aku cerita pada korang akan apa peranan sebenar isteri pada suami secara batiniah, sebab korang dalam bab lahirian, semua dah tahu, semua dah pandai masak, kemas rumah, dan basuh kain baju, tapi dalam hati ada sifat yang tak betul seperti perasan diperlukan, perasan bagus, perasan di salahkan, perasan dibebankan dan sebagainya yang buat suami rasa tak best duduk sebumbung dengan korang lalu sanggup marah dan tengking korang, dan sanggup melihat korang menderita... isk...
Sebanarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga jenis isteri,
Pertama adalah jenis yang derhaka pada suami, kedua yang Nampak taat tapi dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi, tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu golongan yang ketiga akan masuk shurha, dan golongan kedua masih boleh di selamatkan dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan neraka supaya tidak janggal apabila tiba di sana kelak..
Kenapa jadi macam tu?
Begini ceritanya,
Korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada ibunya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi..
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,
Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat?
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai bila bilapun kerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat membetulkan kesilapan mereka.., faham?
Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana dosa mereka, hak kita sebagai anak tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah!
Kerana mereka adalah ibu kita dan shurga kita ada dalam ketaatan kita pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..
Ok, bab ibu dan anak semua dah faham..
Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka!
Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi..,
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,
Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat?
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka..,
Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham?
Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..
Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata?
Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka!
Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh..
Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah berdoa agar suami korang dapat membetulkan kesilapan mereka..,
Ini tidak, suami lepak minum teh tarik dengan kawan sepejabat korang berleter, suami tengok bola korang membebel, suami tidur kat ruang tamu tak tolong korang kat dapur korang menyalak macam anjing, lepas tu berangan nak dapat keluarga bahagaia konon, sedang suami hati tertekan tapi sebab lelaki jenis yang tak suka berkongsi masalah, maka korang teruskan membebel hari hari, sedar tak sedar, suami dah kahwin lain baru nak terhegeh hegeh mintak maaf dan bertanya, apa dosa saya bang?
Dosa kau adalah bercakap dengan nada tinggi kat suami!
Dah pergi mintak maaf dekat suami masing masing..Tak payahlah korang nak komplen suami korang pemalas, duduk rumah hari minggu pakai baju cantik-cantik tapi melepak depan TV sambil up date DVD movie.., lepas tu baca surat khabar, ataupun tidur, sedangkan apa salahnya tolong saya masak dan basuh baju?
Oii!! orang perempuan, masa suami korang bujang dulu, dialah kaki lepak dekat luar, mat rempit, kaki wayang, kaki pancing, kaki impak maksima, kaki bola dan sebagainya..
Bila dah kahwin dengan korang, kenalah duduk rumah jaga korang, jaga keselamatan korang, korang nampak jer mereka terbongkang depan TV atau lepak baca akhbar, tapi mereka sebenarnya sedang mengawasi keselamatan rumah tangga, tak percaya cuba korang buat-buat pengsan kat dapur, dah tentu suami korang dengan risaunya hantar korang ke klinik.., serius!
Ini bermakna , korang kena syukur bila suami lepak tak buat apa-apa kat rumah, korang nak mereka pergi mancing atau lepak dengan kawan-kawan kat kedai awek siam pekena tom yam sampai jam 3 pagi? Korang nak mereka pergi karaoke di kelab dandut? Tahu tak nak! Habis tu bila mereka lepak kat rumah, boleh pulak korang membebel macam syaitan!
Sebenarnya duduk di rumah adalah satu mujahadah bagi suami yang banyak kawan-kawan, jadi kurangkan penderitaan mereka dengan biarkan mereka dapat berehat dengan selesa, upah mereka dengan teh tarik dan keropok goreng.., urut belakang suami , dan sesekali gunakan cakar harimau, apa salahnya?,
Korang tahu tak? Antara ciri rumahntangga bahagia, suami lebih suka lepak di rumah bersama isteri berbanding lepak bersama kawan-kawan bujang, atau lepak sorang diri di tepi kolam memancing.. , biar mereka lepak kat rumah tak buat kerja, kerana lepaknya suami dirumah adalah tanda rumatangga bahagia, tau takpe!
Jadi, mulai hari ini, jangan sesekali meninggikan suara pada suami, kerana mereka adalah jalan anda ke shurga.., boleh InsyAllah?
Ok, habis satu bab, aku nak pergi kepada satu bab lagi yang lebeh penting dalam menceritakan bab derhaka secara batin ini..
Begini ceritanya...
Kebanyakkan perempuan memang cukup bagus dalam memberi khidmat pada suami dan anak-anak, rumah kemas, masakan sedap, kain baju berlipat cantik serta bergosok kemas, anak anak pula kelihatan bersih dan dapur serta bilik air sentiasa berkilat menyilaukan pandangan mata...
Tapi dalam hati ada benda tak baik.. Iaitu memberi khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya..
Sedangkan seorang isteri itu patut memberi khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya, bukan suami berhajat padanya!
Nampak macam takde beza, tapi hasil berkhidmat di sepanjang perkahwinan akan dapat dinilai apabila suami rasa tak best dengan korang sebab korang dalam member khidmat, ada sangkaan bahawa suami berhajat pada korang, tak ke hampeh?
Kenapa jadi macam tu?
Begini ceritanya...
Seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, mulalah melenting?, apa abang ingat saya ni orang gaji ke? Abang ingat saya tak letih kerja kat pejabat? Abang ingat abang tu anak Raja? Ops, mungkin korang tak cakap macam tu kat suami, tapi dalam hati berkecamuk dengan perasaan macam tu, itu yang di katakan derhaka dalam hati..., dan hasilnya, korang akan buat kerja dengan tak ikhlas sebab hati bengang kerana suami asyik komplen tentang mutu servis korang yang memang teruk!
Masak tomyan rasa macam air panas bergaram, baik Abang makan Mee gee tomyam!
Jadi nak buat macam mana?
Maka korang kenalah memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, yang mana seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, maka dia yang akan minta maaf, tersenyum dan membaiki kesalahan dengan serta merta, yang lebih bagus lagi, kisah seorang wanita yang pertama sekali masuk shurga, yang mana di waktu hidupnya, apabila suami pulang, di hulurnya rotan supaya suami pukul jika ada mana mana servis yang tak memuaskan!
Tapi korang tak perlulah kena hulur rotan.., cukup dalam hati timbul perasaan memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurha adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!
Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan khidmat, Antaranya,
Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.
Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.
Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.
Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..
Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita)
Ok, cukup sampai sini.., moralnya adalah:
Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurga adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!
Kadang kadang cuba korang fikir, apa bezanya korang wanita Malaysia?, berbanding dengan wanita di Negara miskin seperti Bangaladesh, Kemboja, Burma, Pakistan dan lain lain pendalaman di Negara ketiga..
Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam..., rumah tiada Astro, DVD, atau kalkulator..,
Cuba korang fikir lagi, kenapa mereka di lahirkan di sana sebagai wanita yang hidup dalam Negara miskin? sedang korang rakyat Malaysia hidup mewah, air keluar dari kepala pair siap dengan penapis lagi, mesin basuh automatic, dapur ada blower, berhabuk sikit boleh vacuum, atas kepala ada kipas dan air cond, TV ada remote, tidur atas tilam empuk, duduk dalam rumah batu, ada internet dan boleh baca blog keretamayat hari hati..
Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?
Bersyukurlah!
Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu-
pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana
pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab...
Nikmat mana lagi yang korang dustakan?
Sekian...
Ps: Taatlah suami korang sehingga mereka jadi mayat atau korang jadi mayat, dan tahukah korang bilakah kita akan jadi mayat? Mungkin esok.., maka taatlah suami sampai esok...
Minggu ni aku ambil cuti rehat seminggu terus dari 27hb - 31hb/12.2010....so bermakna tahun depan baru aku masuk kerja balik...bukan ape..cuma nk merehatkan diri setelah letih bekerja....hihihi...macam la telih sgt keje aku tu....setakat jd 2nd lectere je sem ni rasanye x banyak sgt la kerja aku kot berbanding sem lepas. Ok la berbalik pada cerita cuti rehat aku ni ye...sepanjang cuti aku setakat hari ni la kan...aku duk kat rumah je...jd surirumah sepanjang masa.Kerja aku mengemas,masak,lipat kain & yang agak letih skt tp seronok adalah.....menjaga hero kesayangan Family aku.....jeng...jeng...jeng....Aryan Mikael...sebenarnya d'post ni aku bukannye nak story sgt pasal cuti aku tu tp aku nak story pasal macam mana aku jaga Mikael yang comel 2 dr pagi sampai petang b4 baba dia balik dr kerja...slalunye sikit2 klu aku x dpt wat aku akan panggil hubby untuk tolong...sebenarnye...aku akui sepanjang Mikael ada dlm hidup kami rasanya hubby akulah yang paling banyak jaga dia....aku ni nama je mama dia tp....nak uruskan anak pun banyak lg kelemahannya.Hubby aku 2 mmg seorg baba yang best in the world...anugerah yg aku berikan pada hubby aku 2.Mak aku kata...."bukan senang nak dapat laki mcm gafa 2...klu mcm tu leh la beranak ramai"...ish...mak aku ni...sakit pegnant & scissors dulu pun x hilang lg...ni kan nk tambah lg 1....eeee nnt2 la...lum terfikir lg.Mikael ni anak yg baik sebenarnye...cuma wat masa ni tgh lasak skt...org kata budak tgh nak membesar.Lasak mikael ni ya Tuhan...diakui oleh semua ahli family aku...klu berani,meh la cube jaga Mikael ni...setakat sejam dua pun lum tentu lg...hihihi....kadang2 tu aku pun surrender gak rasanya...tp bile mengenangkan aku ni mama dia...aku mesti bnyk2 bersabar dgn karenah Mikael yg lum tahu ape2 lg ni...sekali sekala 2 terlepas jg 5 jari aku ni kat peha dia 2....kesian lak aku tgk eh...bila dia menangis2...bile aku tatap wajah dia masa dia tidur sayu je rasa hati ni..."maafkan mama ye Mikael"."Mama x niat pun nak babab Mikael"."Mama Sayang Sgt Kat Mikael"."Mikael jgn nakal2 ye Sayang"."Mikaelkan anak baik"......
Ni aku nk cite la skt tentang kejadian yang menyeramkan di tempat aku yang dikenali Bukit putus. Sesape yg dr seremban nk ke K.pilah msti wajib lalu bukit 2,tp itu dulu skrng ni dh x payah nk lalu situ lg dah. jalan baru dh siap sepenuhnya.
Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…
” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…
Dia pun beranikan diri dan bertanya…
”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni?? ”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ” ” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu ”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ” tanya lelaki tu lagi. ”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??” ” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ” ” Ehh takkan sampai seram… ”
“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..
SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu. Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.” Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak. Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.“ Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya. Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita. Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil. Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat. Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.
1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah 2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan 3. Tiada rotan, pelempang berguna juga 4. Biar lambat asalkan tak cepat 5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi 6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula 7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar 8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock 9. Secupak takkan jadi 18 cupak 10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia 11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut. 12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap 13. Alang-alang mandi biar guna sabun 14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras 15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun 16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu 17. Hidup segan mati di tanam 18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa 19. Lembu punya susu cap teko dapat nama 20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis 21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik) 22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa 23. Membujur lalu melintang pukang 24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan 25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut 26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili 27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!
Ada kawan? Rasanya tiada manusia tanpa kawan. Kawan mudah dicari. Dengan sebentuk senyuman, kawan sudah boleh diperoleh. Dengan teh secawan di warung, kawan sudah boleh dibentuk. Nilai kawan dan sahabat jauh berbeza.Jika anda ada teman lelaki,dia mungkin bergelar kawan, bukan pasangan kekasih. Kena pandai bezakan dengan kawan, sahabat dan kekasih. Sesetengah orang selesa sebagai kawan, sesetengah orang ingin dianggap sahabat, sesetengah orang mahu akhirnya digelar kekasih. Perlu lihat tutur kata pada awal perkenalan, kadang-kadang pada awalnya lagi sudah dapat diduga apakah dia ingin jadi kawan, sahabat mahupun kekasih. Ramai gadis bertanya saya soal ini. Dia sudah berhubung dengan saya selama setahun, mengapa dia tidak faham apa yang ada dalam hati saya? Perlukah saya memberitahunya bahawa saya menyayanginya lebih dari seorang kawan? Nah! Inilah bahananya jika anda tidak cuba memahami riak wajahnya, tutur katanya dan sikapnya sepanjang berkawan dengannya. Dia mungkin menganggap anda sekadar kawan, tetapi anda tidak. Anda menganggap dia lebih daripada itu. Anda mengharapkan cinta tetapi tidak pernah memberikan gambaran sedemikian. Maka dia tidak memahaminya. Diam- diam tanpa pengetahuan anda dia menjalin perhubungan dengan orang lain. Dan orang itu telah pun bergelar kekasih hatinya. Ramai gadis kecewa direndam perasaan sendiri. Dia memikirkan lain dan mengharapkan lain tetapi lain pula yang ada pada diri seseorang lelaki itu. Kena berikan dia sedikit gambaran bahawa anda tidak sekadar menganggapnya kawan, tetapi kawan yang istimewa, kawan yang lebih daripada kawan, dan kawan yang ingin dijadikan kekasih. Bagaimana melakukannya? Anda boleh hantar SMS berbau kasih. Ia ibarat melemparkan umpan sewaktu memancing. Jika umpan serasi, akan mengena. Jika tidak, umpan akan terbiar dibawa arus. Memancing cinta juga begitu. Kena lemparkan umpan dan lihat apakah umpan disambar. Anda akan menerima balasan yang hampir serupa. Jika ayat-ayat power yang diberi, ayat-ayat power juga yang sampai kembali, itu antara lain tandanya kasih bersahut. Jika kata-kata berbau kasih, sayang dan cinta yang diberikan, yang diterima kembali adalah kata-kata yang hampir serupa tandanya umpan anda serasi dengan selera ikan. Boleh terus memancing, boleh terus menghulurkan umpan. Hingga akhirnya ikan tersangkut di mata kail, ketika itu bolehlah tarik joran, pegang dan tangkaplah hasil. Tika itu tidak perlu berselindung lagi untuk mengatakan bahawa anda menganggapnya lebih dari seorang kawan. Dia adalah kekasih hati dan orang pujaan. Ramai gadis menjadi mangsa keadaan. Dia tidak pernah tahu dia tidak dicintai. Dan tidak pernah tahu dia tidak pernah berada dalam senarai calon untuk dijadikan isteri. Dia berbaik dengan seorang lelaki dan membiarkan perhubungan itu berjalan dengan baik, sedangkan dia menyimpan hati, tetapi si lelaki tidak. Setelah berkawan hampir sepuluh tahun, usia telah lanjut baru tahu dia tidak sampai ke situ. Dia hanya berbaik, seorang yang baik dan mahu berbaik-baik. Kenapa tidak memberikan gambaran awal supaya mudah mengambil keputusan, samada meneruskan atau beralih arah. Bercinta adalah seni. Maka anda perlu menggunakan daya kreativiti dalam meniti di atasnya. Setiap cinta melalui jalan cerita yang serupa namun tidak pernah sama. Setiap watak yang melaksanakannya adalah berbeza maka anda perlu memahaminya. Bacalah peribadinya seawal perkenalan anda dengannnya. Oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diamtetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... 'wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan'. Bertanya malaikat 'Apakah permintaan itu?'.. Berkata burung-burung itu' Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini'. Berkata malaikat itu, 'Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah'. Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Salam....lama tul aku x update blog aku ni.Baru skrang berkesempatan.Tengah duk kemas almari kt rmh mak aku,aku terjumpa la fail lama waktu aku belajar kt kolej dulu.Semak punya semak terjumla la aku karangan yang aku wat masa dulu.Siap ada tarikh dan hari lagi 2.Aku tulis karangan 2 pada tarikh 03/09/01 bersamaan hari Isnin.Karangan aku tu berbunyi macam ni..........
Boringnye....duk kat ghumah nie.Kemas ghumah dah,masak dah,basuh pinggan pun dah,nak buek apo lah ni.Boring giler wa cakap lu.La cakap ngan sapo lak ni.Cakap ngan kau la buku.Sat lagi aku nak buek assignment Cikgu Baharuddin.kalau boleh aku nak buek yang terbaik,walaupun lambek laie nk send.Nak jadi best student bukannya senang.Tul tak pensil...!Kalau diizinkan Tuhan aku nak lah merasa jadi cam gitu-gitulah.Tu pun kalauaku ghajin usaha - InsyaAllah.Boringlah pulak...dah tak de keje lain nak buek.Tapi tak pe....
"Kenapa saya suka rumah saya?"Sabab aku boleh buek apo yang aku suko.Peh tu aku leh main kapal terbang aku yang banyak tu.Eh...dah tinggal skit dah sebab banyak yang dah patah.Adik aku pijak.Tu yang aku bengang tu.Tak pe nanti aku beli banyak-banyak.Aku sorok dalam almari.Jangan bagi adik aku main.Kalau adik aku main mesti patah punyalah.Bukan ape aku ni penyayang orangnye....Bukan nak cakap ape lah kan tapi dah memang kenyataan yang aku sayang pada benda2 milik aku.Orang lain punya lantak kau la.Sendiri mau ingat la beb.Saya ni penyayang orangnye....
" Ya Allah dengan nama Engkau aku hidup dan aku mati "
Dah habis dah karangan merapu aku tu...mesti korang x fahamkan ape yang aku tulis 2...tapi x pe la biarla aku sorang je yang faham...
WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka
menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
....
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
lama tul aku x menulis d blog aku ni.sekarang ni bz sgt dgn job yg aku buat.buat pengetahuan u all aku skrn ni dh bertukar status dr miss ke medam.hahaha...dh x boleh nk wat perangai giler2 lg dh coz nnt lovely hubby aku x suka aku b'perangai mcm bdk2 tp sometime 2 terlepas gak perangai x senonoh aku 2.Nak wat mcm ne, bkn leh tukar jam2 2 je.
tahun ni first aku berpuasa dgn husband aku yg hensome 2 :P.susah gak dh jd wife ni semua keje rmh kene wat.Sblm ni mak yg watkan.Ni dh jd is3 org ni dh lain sikit.susah gak woi. Tp aku x kisah semua 2, jnji hubby aku ada d'samping aku slalu.Sayang sangat kt dia 2.Nasib baik dia slalu fak tolong aku.Ringan skit beban aku.hihihi.Puasa thn ni aku,skali je aku dpt buka berdua dgn hubby aku 2,nk tau kenapa coz ayah aku suruh kiteong buka sama2 kt Joseh.Joseh 2 rmh ayah mak aku.Ayah ckp klu buka berdua x best.X meriah.Baik buka ramai2.Tul gak kata ayah aku 2.Aku ckp kt ayah,nnt k.long pujuk gafa bln ramadhan ni slalu buka kt Joseh.Masa mula2 nk bgtau hubby aku pasal ayah suruh buka kt rmh Joseh 2 aku takut2 gak.Takut dia x selesa.Memang hubby aku 2 mcm berat je.Almaklumlah rmh pak mertua.Tp dia kata dia akan cube la.Nak tau apa jd masa buka puasa hr kedua 2,ayah aku dgn slamber ckp dgn gafa dpn2 mak,aku & adik yg dia suruh gafa duk sana bln puasa thn ni. Tak ke sumbang hubby aku nk bg jawapan on the sport.Dgn nada nk x nk dia pun ckp ok la.Sekarang ni aku & husband buka kt Joseh je la.Hari2 berikut x tau lg.Tgk keadaan dulu.....