CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

HAPPY ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

HAPPY BIRTHDAY ARYAN MIKAEL

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, March 14, 2011

Bos Aku Pindah!!!!!

Tak penah aku rasa akan kehilangan yang teramat sangat seorang pengarah yang berkaliber di kolej aku sebelum ini wal hal masuk pengarah aku yg sekarang ni dh 3 orang pengarah dah berkhidmat dan menerajui pucuk pimpinan kolej aku ni.

Buat Pak Shukur
1. Encik Shukur Bin Wahab - ( Pengarah KKJN yang pertama- dia memang seorang yang......yang apa ek....baik....cool....prihatin dll la...)

Buat En. Zul
2. Encik Zulkifli Bin Mohammad - ( Pengarah KKJN yang kedua - dia seorang yang .....tak dapat nak nilai coz sekejap sgt dia berkhidmat kt bumi jempol ni pastu pindah balik ke bumi perak tapi dia memang bagus.....)

Buat Tuan Hj. Md Isa
3. Tuan Haji Md Isa Bin Selaiman PPT - ( Pengarah KKJN yang ketiga - seorang yang berkaliber.....pandai membuat keputusan.....orangnya suka menderma.....prihatin tentang kebajikan orang bawahannya.....hensome......dan semua yang baik la tentang dia ) tapi bila sebut semua perkara2 tu kita kena wat reaksi macam ni....< dua2 tangan di dada.....muka alihkan dedikit ke kiri @ ke kanan....sambil buat mulut ke bawah.....>
 Mungkin perpindahan bos aku kali ini tidak akan dapat di ganti dengan bos yg baru setanding dengan caranya menerajui kolej ini. Mungkin juga yang berganti nanti lebih kurang cara pimpinannya tapi tak akan sama sepertinya..perpindahannya merupakan kehilangan besar bagi kami di Kolej Komuniti Jempol ni.…Selamat Jalan Bos ke tempat baru.....semoga bos gumbira di sana nanti......kami pun gumbira di sini.

Friday, March 11, 2011

HuJaN oH hUjAn……

Hujan itu Rahmat
Dh 2 hari bumi Jempol ni dilanda hujan…berhenti pun kejap je pas2 hujan balik…hr ni lak hujan dari pg td x henti-henti….mula2 tu memang seronok sgt bila hujan…..sejuk sikit rasanya…tp klau dh x henti-henti takut lain lak yg akan jd. Pernah terjd bulan 1 hari tu, kolej tempat aku berkhidmat banjir…..air sungai kt belakang kolej ni naik…nasib baik x masuk kt bilik aku…..
Hujan kalau tak berhenti leh jd banjir
Bila time hujan ni tentulah sejuk….bila dah sejuk apa yg sedap dibuat????tido la jawabnye…..mata ni pun dh ngantuk sgt ni...
Sedapnye dapat tido sjuk2 mcm ni
lps ni g sembahyang jap….ps2 masuk klas pukul 3 ada klas….owwhhh….so boring ptg2 jumaat ni ada klas di + dgn cuaca sejuk2 mcm ni…..tp aku x nak mkn gaji buta….x baik….so nak x nak kene wat kelas gak….bnyk lg projek students yg lum buat lg…kesian kt student aku nnt….aku kene rajin so students aku akan jd rajin la bila tgk lecturernya bersemangat nk ajar mereka.
Ajar jgn x ajar

Thursday, March 10, 2011

Perginya Seorang Nenek....

Semalam jam menunjukkan pukul 1.00am aku masih lg di bilik office aku menunggu hubby untuk selesaikan sedikit kerjanya dgn shahrul….gigi ni sakit sangat dari hari sabtu lepas…sampai nk makan pun terus telan je makanan 2. Dalam pkl 1.30am baru hubby hantar aku ke klinik gigi utk check apa yg dh jd kt dalam mulut aku ni ha….sebelum sampai ke klinik singgah utk isi minyak kt PETRONAS.  Kring…kring…hp aku berbunyi…(tp bunyi dia x mcm tu la) aku tgk mak yg call…mcm biasa angkat & tanya ada apa…nada suara mak macam sedih sgt…aku tny kenapa???? mak cakap wan ko dah tak de lagi….sentap…Innalillah…wan yang dimaksudkan oleh mak aku itu ialah nenek tiri aku….sedih…sedih sgt…

Aku bgtau ghaffar yg wan dh x de…ghaffar igtkan atok aku yg meninggal…coz atok aku yg sakit skrang ni….wan aku tu sihat je….bila mengenangkan kejadian itu aku berfikir Ajal & maut tu ketentuan Allah…even aku yg sihat ni pun…klu dah DIA nak ambil nyawa aku pun…semua orang tak leh nak larang….atok aku yg sakit2 tp wan aku yg pergi dulu….semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dgn golongan orang2 yg beriman…amin….

Sampai je kampung aku tgk family aku dh sampai, makteh, paklong , semuanya dah sampai…semua family belah arwah ni yg duk dekat pun dah sampai…tinggal yang duk kulim & perlis je belum sampai lg…kebiasaan di kampung aku tu jenazah akan diuruskan di masjid….so kami pun pergi lah ke masjid…selesai mandi & kafan….orang2 tua yang ada kat situ panggail la anak2, menantu, cucu untuk tgk & cium wat kali terakhirnya….aku pun x ketinggallan untuk tatap wajah terakhir wan aku tu….suasana memang sedih…aku tgk atok aku menangis…aku pun ikut menangis skali….tibe giliran aku tuk cium wan aku tu….aku ucapkan terima kasih padanya kerana menjaga atok aku selama 17 tahun selepas wan kandung aku meninggal dunia. bernakna dah 2 kali aku kehilangan wan….memang sedih…..lepas ni siapa lah yg akan jaga atok aku…..mak ajak atok duk dgn mak tapi atok tak nak….tp setakat nk adik beradik mak dah bincang akan bawa atok utk tinggal bersam dgn induk & acik….apa perasaan atok sekarang ni ye….dengan keadaan atok yg tak sihat mesti dia sedih sgtkan….atok selalu cakap yg umur dia tak panjang dah tp….

Kepada keluarga arwah & juga keluarga belah mak aku juga ucapan takziah dari aku & suami atas kehilangan ibunda @ nenda yang kami sayangi.  Aku doakan semoga Roh wan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin….

ReSEpi kEK kEJaYAAn bUAT aNAk mURidKU

Resepi Kek Kajayaan
 

Bahan-bahannya;
· 250 gm Daya usaha
· 100 gm Kesabaran
· 100 gm Keimanan
· 190 gm Keinsafan
· 150 gm Pengorbanan
· 150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
· 8 sudu the rasa tanggungjawab
· 200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.


taraaaa....ini lah hasilnya.....cantik kan....

**  Katanya,
Jangan kamu duduk disamping orang yang berilmu, kecuali ianya mengajak kamu menghilangkan LIMA perkara dan menanam LIMA perkara :
1] menghilangkan RAGU menanamkan YAKIN
2] menghilangkan RIYA' menanamkan IKHLAS
3] menghilangkan CINTA DUNIA menanamkan ZUHUD
4] menghilangkan SOMBONG menanamkan RENDAH DIRI
5] menghilangkan PERMUSUHAN menanamkan PERSAHABATAN

AKU SEORANG PENDIDIK

Waktu kursus di Awana Genting
Walaupun ejaan dan bunyinya berlainan sekali antara guru dan pensyarah tetapi dalam erti kata nya yg sama ialah PENDIDIK.
Aku bukanya guru @ cikgu sekolah tetapi aku adalah seorang pensyarah yg berkhidmat sebagai penjawat awan di sebuah kolej yang bernama
KOLEJ KOMUNITI JEMPOL.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA.
Telah berkhidmat selama hampir 5 tahun dah telah sah bergelar government servant sepenuhnya….kata org cap jari dh kering….hihihi.
Walaupun tugas aku sama dgn guru @ cikgu tetapi rasanya situasi pembelajaran agak berbeza dari 1 tahap ke 1 tahap….cikgu tadika lain cara mengajarnya….cikgu sekolah rendah lain cara mengajarnya…cikgu sekolah menengah lain cara mengajarnya….& pensyarah juga lain cara mengajarnya….bergantung pada peringkat umur anak murid kita….tapi yang penting tugas kita untuk mencurahkan ilmu pada mereka, agar mereka menjadi orang yang berguna suatu masa nanti…insyaAllah…..
Maskom


Pertandingan berbasikal ipt
I love my student’s….walaupun ada segelintirnya memberi sedikit masalah pada aku ketika sesi pengkuliahan tp….kalau aku x suka aku akan terus-terang dgn mereka tapi cara yg berlapis….setiap kali bila sem baru, first time masuk kelas mestilah sesi perkenalan….aku bg penghormatan pada anak2 murid aku utk memperkenalkan diri masing2…bila dah habis barulah giliran aku pula untuk memperkenalkan diri…..ayat famous yang biasa aku gunakan…
Dalam kelas saya tak suka nak marah2….kalau saya marah saya cepat tua walaupun umur ni dah nak penghabisan 20an. Jadi klu saya boleh hormat awak, awak kena padai hormat saya”  “ markah awak di tangan saya, dulu klu UPSR,PMR,SPM memang pemeriksa kertas yg akan bg markah…tp bila dah masuk IPT ni lain so faham2 je lah macam gertak tapi tak pun. ayat je mcm 2…tp aku tak kan menzalimi anak2 murid aku tu…
Aku nak semua anak2 murid aku tu berjaya dalam hidupnya….menjadi anak yg boleh membanggakan keluarga….kalau menuntut ilmu tu biar sampai ke negeri China……Ilmu penting untuk masa depan kita….betul tak???? Aku suka sangat2 puisi ni……

Wednesday, March 9, 2011

aKu NaK KURUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku Yg KINI
Aku Yg DULU
Huhhhhh (Mengeluh)....KENAPA??? Korang Nk Tau Kenapa Aku Mengeluh….Coz…Badan Aku Dh Naik (Gemuk La 2). Macam Ne Nak Kurus Ni….Perkataan Itu La Yg Slalu Bermain Di Fikiran Ku. Takut Dgn Keadaan Fizikal Badan Yg Makin Membesar…. Husband Aku Kata Kalau Aku Ada Perasaan Risau Tu Bermakna Bentuk Badan Aku Masih Lg Boleh Dikawal…Tp…………Makin Hari Aku Tgk Lain Macam Je Dh Bdn Aku Ni….Mcm Mane Ni…..Huwaaaa….
Personally, Aku Ni Quite Determine Orgnya. Bila Aku Nak Sesuatu Benda, I'll Go For It. Aku Usaha Ler Mcm Mana Sekalipun,Janji Aku Dpt Apa Yg Aku Nak. Tp Bila Tiba Bab Nak Kurus Ni, Aku Sangat2 Hairan Bin Ajaib Serta Pelik, Kenapalah Aku Sentiasa Tertewas Ngan Anasir2 Luar Yg Selalunya Akan Menggagalkan Misi Diet Aku!!
Deep Down Inside Me, Aku Yakin Aku Leh Kurus Balik Mcm Dolu2 Lepas Aku Bersalin Tp…Sedihnye Mcm X Boleh Je…(Mimi Jgn Putus Asa…Caiyuk2) Aku Rasa Badan Aku Start Naik Masa Aku Pregnant Wat Pertama Kalinye…Pls 3 Bln Mengandung Aku Asyik Makan Je…Sampai Di Akhir2 Pregnant Berat Aku Mencecah 72kg. Bayangkan Dari 50kg Naik Ke 72kg…Giler Banyak Tu….Lps Anak Aku Lahir Je…Berat Aku jd 68kg…See Berapa Bnyk Berat Aku Naik…Masa Pantang Aku X Leh Nk Bengkung Coz Aku Scissors, Jd Bentuk Badan Msti Dh Lari Nye…Mak Aku Ckp Jgn Takut Coz Berat Kita Akan Turun Pelahan2…Tp X Turun Pun…..Mak!!!!!Tolong La….Mcm Ne Ni....
Diawal Pregnant
4 bln bdn dh mcm ni
Kt Kolej Lak Ada Wat Pertandingan The Biggest Loser.Aku Join Skali,Masa Tu Berat Aku 65kg. Di Akhir Pertandingan Setelah Keputusan Diumumkan…Aku Sorg Je Peserta Wanita Yg Berjaya Menurunkan Berat Badan.Just 3kg Utk 3 Bln…Peserta Wanita Yg Lain Semuanya –Ve…Alhamdulillah….Skrang Ni Berat Badan Aku 62kg….Menurut BMI Berat Badan Aku Masih Lg Tak Ideal. Tolong La Aku….-AKU INGIN MENCAPAI BERAT BADAN UNGGUL!! Wahhhhhh!!!
Berjayakah Aku??? Hukhuk. What I Need To Do Ehs? Jgn Makan Nasik? Larik Setempat Smpai Kejang Kaki? Skipping? Tak Tau La Mcm Ne Nak Wat Ni….Munggkin Tunggu Aku Banyak Duit Kot So Aku Leh La Gi Slimming World. Mcm Artis2 Tu….
Aku Windu Nak Jadik Kecik Mcm Dolu2...Hukhuk.
Anak dara thn 2008
Anak Dara thn 2009
 
Hari bersejarah 2009
Besday aku 22/2/2011....TAKUTNYEEEEEEEEEE
sekian entry menyampah dari aku. serius, aku tul2 nak kurus. TOLONG!!!!!!!!!!!

Tuesday, March 8, 2011

Hepiiiii WoMeN's DaY


sALAM sAYANG sALAM 1 mALAYSIA bUAT sEMUA wANITA dI lUAR sANA....

x tAU lAK hR nI hARI wANITA sEDUNIA....aPA2 pUN nAK wISH
sELAMAT hARI wANITA uTK sEMUA wANITA jUGA dIRIKU sENDIRI...bERTUAHNYA jADI sEORANG wANITA kAN?
bUAT wANITA yANG bERNAMA zAIDAH bINTI hUSAIN.....eNGKAULAH wANITA yANG tERHEBAT dIDUNIA iNI....jASA dAN pENGORBANANMU aKAN kU kENANG sAMPAI kE aKHIR hAYAT kU.....sAYANG mAK sANGAT....uMMMMUAHHHHH!!!



p/s: Hari wanita sedunia jatuh pada 8 march setiap tahun

Thursday, March 3, 2011

Aryan Mikael Bin Abdul Ghaffar


Malam tadi aku tidur lambat….biasa la…kan sbagai suri rumah yg bukan sepenuh masa time2 mlm la aku nk kemas rumah…semlm wif my hubby layan drama Unggunya Cintamu….syok gak cite tu….smpai my hubby pun layan skali la….sambil nonton tgn ni lipat kain yg dh 2 trip x lipat….hubby aku kate nk tolong skali tp alih2….2 ke 3 helai je yg dia lipat….tp x pe…aku x  kisah pun…cite tu habis dlm pkl 11.30…lps 2 aku terus ke dapur ambil mop utk mop 1 rumah…selesai m’mop aku sapu…
Tp……….bukan itu semua yg aku nk coretkan kt post kali ni ….yg aku nk cerita kan di sini adalah…..kasih sayang aku pada permata hati ku yg satu tu …Aryan Mikael Bin Abdul Ghaffar….putera sulung aku…..
Dipendekkan cite…time nk tidur…aku tatap muka anak aku dengan penuh perasaan…..”Mikael mama sayang sangat kt adik”…..sayang tu x boleh nk dinilai dgn kata2….hanya Tuhan saja yg tahu mcm mana mama sayangkan adik.
Dari mula adik wujud dlm perut mama lg….mama dh syg kt adik sgt…..mama bleh jd gile klu terjadi apa2 kt adik….mama selalu doakan yg terbaik utk anak mama ni….baba pun sama mcm mama…nak yg terbaik utk Mikael….Mama selalu doakan agar Mikael akan jd anak yang soleh, menghormati orng tua, cerdik & pandai, Berjaya dalam hidup dan dapat menjaga mama dan baba bile kami dh tua nnt…
Mama dah x tau nk tulis apa lg dah….cume lagu ni mama tujukan khas untukmu Aryan Mikael…..

SEMPURNA
Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan slalu memujamu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna
..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Sifat Buruk Dalam Karakter Spongebob

Kartun Spongebob ialah antara kartun yang diminati bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa juga. Cerita kehidupan di bawah air yang simple ini berjaya mendapat tempat di hati kanak-kanak.
Namun begitu ,setiap watak utamanya memiliki beberapa karakter yang berbeza, dan mungkin kita tidak sedari setiap karakter itu terdapat beberapa sifat-sifat buruk.
Contoh buruk yang tidak boleh diikut oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga.Berikut adalah beberapa karakter dari semua watak utama kartun Sponge Bob tersebut yang saya maksudkan yang anda boleh memberitahu anak atau adik anda supaya sifat-sifat yang jangan ditiru.
1. Patrick yang Pemalas
Patrick adalah seekor tapak sulaiman yang dikenali dengan watak pemalas.Dia tinggal di bawah batu sepanjang masa dan tidak pernah melakukan apa-apa.Patrick juga dikenali sebagai kuat makan tetapi bodoh dan malas untuk bekerja.
Bahkan dalam episod “Big Pink Loser”, dia mendapatkan penghargaan untuk tidak melakukan apa-apa paling lama. Mungkin Patrick mengikut pepatah ‘ulat dalam batu pun boleh hidup’.
2. Squidward Yang Pemarah
Squidward ialah seekor sotong yang panas baran,ego dan tak boleh berunding. Squidward membenci hidupnya dan juga membenci Sponge Bob, dan sebagian besar masanya dihabiskan untuk marah-marah.
3. Mr. Krabs Yang Tamak
 Mr. Krabs ialah seekor ketam yang mempunyai restoran burger The Krusty Krab tempat Spongebob bekerja. Jelas sekali dalam cerita Spongebob Mr. Krabs adalah tokoh yang sangat bernafsu terhadap wang. Dia benar-benar berfikir bahawa wang adalah segalanya.
4. Plankton Yang Iri Hati Dan Pendendam
 Plankton cemburu,iri hati kepada Mr. Krabs kerana The Krusty Krab sangat berjaya, sedangkan restoran miliknya iaitu The Chum Bucket telah gagal. Iri hati dan dendam membuatnya sentiasa mencuba untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty.
5. Sandy Yang Sombong.

Sandy adalah seekor tupai yang hidup dalam dunia laut Spongebob. Sandy bangga terhadap siapa dirinya dan darimana dia berasal. Dia bangga pada kenyataan bahawa dia dari Texas dan suka kalau semua orang tahu tentang itu. Dia juga bangga pada kenyataan bahawa dia adalah mamalia dan makhluk darat, seperti dalam episod “Pressure”, dimana dia mencuba untuk membuktikan bahwa makhluk darat lebih baik daripada makhluk laut.
6. Spongebob Yang Berlebih-lebih
Hero cerita ini, Spongebob selalu menunjukkan “kasih sayang berlebihan terhadap orang lain”. Dia menunjukkan cintanya kepada orang lain dengan semangat untuk berbuat baik dan membantu orang dan berlebih-lebihan terhadap perkerjaannya. Malah ada juga pendapat Spongebob adalah seorang gay kerana wataknya yang kelihatan ‘lembut’. Dalam satu episod, Spongebob menjadi ‘isteri’ kepada Patrick.
Itulah beberapa definisi tentang beberapa sifat-sifat dari beberapa watak dari Sponge Bob yang mungkin saja termasuk dalam perangai buruk, tetapi sebalik semua itu, kartun tersebut tetap lucu dan sebagai hiburan yang menarik untuk semua dan secara langsung watak-watak yang disebut di atas adalah diadaptasikan dari perangai manusia juga.
*Sekadar Renungan

Tuesday, March 1, 2011

Wanita....Akal Setipis Rambutnya.....

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.


Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.