CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

HAPPY ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

HAPPY BIRTHDAY ARYAN MIKAEL

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, March 3, 2011

Aryan Mikael Bin Abdul Ghaffar


Malam tadi aku tidur lambat….biasa la…kan sbagai suri rumah yg bukan sepenuh masa time2 mlm la aku nk kemas rumah…semlm wif my hubby layan drama Unggunya Cintamu….syok gak cite tu….smpai my hubby pun layan skali la….sambil nonton tgn ni lipat kain yg dh 2 trip x lipat….hubby aku kate nk tolong skali tp alih2….2 ke 3 helai je yg dia lipat….tp x pe…aku x  kisah pun…cite tu habis dlm pkl 11.30…lps 2 aku terus ke dapur ambil mop utk mop 1 rumah…selesai m’mop aku sapu…
Tp……….bukan itu semua yg aku nk coretkan kt post kali ni ….yg aku nk cerita kan di sini adalah…..kasih sayang aku pada permata hati ku yg satu tu …Aryan Mikael Bin Abdul Ghaffar….putera sulung aku…..
Dipendekkan cite…time nk tidur…aku tatap muka anak aku dengan penuh perasaan…..”Mikael mama sayang sangat kt adik”…..sayang tu x boleh nk dinilai dgn kata2….hanya Tuhan saja yg tahu mcm mana mama sayangkan adik.
Dari mula adik wujud dlm perut mama lg….mama dh syg kt adik sgt…..mama bleh jd gile klu terjadi apa2 kt adik….mama selalu doakan yg terbaik utk anak mama ni….baba pun sama mcm mama…nak yg terbaik utk Mikael….Mama selalu doakan agar Mikael akan jd anak yang soleh, menghormati orng tua, cerdik & pandai, Berjaya dalam hidup dan dapat menjaga mama dan baba bile kami dh tua nnt…
Mama dah x tau nk tulis apa lg dah….cume lagu ni mama tujukan khas untukmu Aryan Mikael…..

SEMPURNA
Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan slalu memujamu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna
..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Sifat Buruk Dalam Karakter Spongebob

Kartun Spongebob ialah antara kartun yang diminati bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa juga. Cerita kehidupan di bawah air yang simple ini berjaya mendapat tempat di hati kanak-kanak.
Namun begitu ,setiap watak utamanya memiliki beberapa karakter yang berbeza, dan mungkin kita tidak sedari setiap karakter itu terdapat beberapa sifat-sifat buruk.
Contoh buruk yang tidak boleh diikut oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga.Berikut adalah beberapa karakter dari semua watak utama kartun Sponge Bob tersebut yang saya maksudkan yang anda boleh memberitahu anak atau adik anda supaya sifat-sifat yang jangan ditiru.
1. Patrick yang Pemalas
Patrick adalah seekor tapak sulaiman yang dikenali dengan watak pemalas.Dia tinggal di bawah batu sepanjang masa dan tidak pernah melakukan apa-apa.Patrick juga dikenali sebagai kuat makan tetapi bodoh dan malas untuk bekerja.
Bahkan dalam episod “Big Pink Loser”, dia mendapatkan penghargaan untuk tidak melakukan apa-apa paling lama. Mungkin Patrick mengikut pepatah ‘ulat dalam batu pun boleh hidup’.
2. Squidward Yang Pemarah
Squidward ialah seekor sotong yang panas baran,ego dan tak boleh berunding. Squidward membenci hidupnya dan juga membenci Sponge Bob, dan sebagian besar masanya dihabiskan untuk marah-marah.
3. Mr. Krabs Yang Tamak
 Mr. Krabs ialah seekor ketam yang mempunyai restoran burger The Krusty Krab tempat Spongebob bekerja. Jelas sekali dalam cerita Spongebob Mr. Krabs adalah tokoh yang sangat bernafsu terhadap wang. Dia benar-benar berfikir bahawa wang adalah segalanya.
4. Plankton Yang Iri Hati Dan Pendendam
 Plankton cemburu,iri hati kepada Mr. Krabs kerana The Krusty Krab sangat berjaya, sedangkan restoran miliknya iaitu The Chum Bucket telah gagal. Iri hati dan dendam membuatnya sentiasa mencuba untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty.
5. Sandy Yang Sombong.

Sandy adalah seekor tupai yang hidup dalam dunia laut Spongebob. Sandy bangga terhadap siapa dirinya dan darimana dia berasal. Dia bangga pada kenyataan bahawa dia dari Texas dan suka kalau semua orang tahu tentang itu. Dia juga bangga pada kenyataan bahawa dia adalah mamalia dan makhluk darat, seperti dalam episod “Pressure”, dimana dia mencuba untuk membuktikan bahwa makhluk darat lebih baik daripada makhluk laut.
6. Spongebob Yang Berlebih-lebih
Hero cerita ini, Spongebob selalu menunjukkan “kasih sayang berlebihan terhadap orang lain”. Dia menunjukkan cintanya kepada orang lain dengan semangat untuk berbuat baik dan membantu orang dan berlebih-lebihan terhadap perkerjaannya. Malah ada juga pendapat Spongebob adalah seorang gay kerana wataknya yang kelihatan ‘lembut’. Dalam satu episod, Spongebob menjadi ‘isteri’ kepada Patrick.
Itulah beberapa definisi tentang beberapa sifat-sifat dari beberapa watak dari Sponge Bob yang mungkin saja termasuk dalam perangai buruk, tetapi sebalik semua itu, kartun tersebut tetap lucu dan sebagai hiburan yang menarik untuk semua dan secara langsung watak-watak yang disebut di atas adalah diadaptasikan dari perangai manusia juga.
*Sekadar Renungan

Tuesday, March 1, 2011

Wanita....Akal Setipis Rambutnya.....

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.


Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.


FamiLY DaY Oh FaMILy DAy...

Hujung minggu lepas, 26-27 Feb 2011 Kolej tempat aku berkhidmat telah mengadakan “Family Day” di Bukit Gambang Resort City & Water Park. Exceli Family day tu utk tahun 2010 tapi dibuat tahun ni coz tahun 2010 ramai staf wanita akan meletup perutnye….bukan staf wanita je staf lelaki pun sama…tp bukan diaorang...bini diaorang la….2 yg masing2 suruh pospone tahun 2011 ni.

K.A.M.I
Baca doa dulu sebelum bertolak
Di sini lah tempatnye kami berfoya-foya
Kami berkumpul di kolej komuniti jempol jam 10.30am lebih kurang la…janji pukul 9.00am tp alih2 aku sefamily je yang ada (semangat betul)….pastu diikuti dgn anak2 dara ( moon, naemah dan mizah)….
My Family
Sedikit gambar yg telah diedit

Tentatif program bila dh sampai kitaorg mkn tghari dulu pastu jam 3.00ptg baru la xtvt sukaneka. Xtvt ni la yg paling best utk semua lapisan umur…
 Acara kanak-kanak
Acara bapak-bapak
Ni bukan anak2 yg main..ni bapak dia yg main
Rebut Selipar


Selepas penat lelah bersukaneka, kami semua balik ke bilik utk persediaan xtvt mlm pulak. Time ni mlm ni mmg best…acara penyampaian hadiah & cabutan bertuah….
Hadiah2 yg kami dpt....
Esoknye check-out & terus ke gambang water park….best…best…kt sana….tp x leh la nk suka2 sgt sbb dh ada mikael….kene jg mikael…klu anak dara dulu leh lah “mengelinjan”-perkataan org N9. Ni dh jd mak2, kene wat perangai mak2 la….
 




Friday, February 25, 2011

kEnaPA MesTi AdA ManusIA Yg BeRtoPeNGkaN TaLaM....

ni la bentuk talam kalau korang x tau....

Salam & Selamat Pada Korang Yg Gemar Membaca @ Sudi Singgah Kat Blog Aku Yang X Seberapa Ni…Hr Ni Aku Nak Cerita Tentang Orang-Orang Yang Suka Bermuka-Muka….Senang Cite Orang Jenis Ni Diklasifikasikan Oleh Peribahasa Melayu “ Talam Dua Muka”

Sebelum 2 Baik Aku Jelaskan Pd Korang Apa Itu Talam….Nnt Ada Lak Yg Tak Tau Talam Itu Apa?? Talam Adalah Nama Lain Bagi Dulang.Dulang Atau Talam Tu Digunakan Untuk Mengangkat Hidangan Dan Kegunaannya Hanya Sebelah Muka Sahaja...Sebelah Belakang Dulang Tu ,Orang Tak Guna Untuk Mengangkat Hidangan Tapi Kadang Kala Orang Guna Untuk Menutup Sajian Makanan. Kiranya Serba Boleh Laa Juga Ekk Talam Ni.


So… Kalau Orang Yg Talam Dua Muka Ni Kire Cantik La Ye Orgnye…(Kire Org Yg Jenis Ni,Semua Orang Akan Suka Pdnye Kerana Dia Pandai Menyesuaikan Diri Dlm Apa Keadaan Sekali Pun) Ahha... Cube Korang Fikirkan Pula Kalau Talam Tu Satu Muka…Mesti Hodoh Rupanye…Dah Talam 1 Muka Hodoh So…. Orang Yg Talam 1 Muka Ni Tentu La Hodoh …(Kire Org Yg Baik Ni…Selalunye Org X Pandang La)

Aku Benci Si Talam Dua Muka. Dalam Dunia Yang Kejam Niey, Ade Manusia Yang Bertalam-Talam Mukanya. Macam-Macam Ragam Manusia Kan?....Rasanye Dah Lumrah Hidup Ni Mcm Ni Kan…X Lari Dr Sifat-Sifat Keji….Selalunye Org Mcm Ni Adalah Org Yg Pentingkan Diri Sendiri….Belakang Cakap Lain Depan Cakap Lain(Biasanye Pekerja Yg Suka Mengapi-Apikan Bosnye)…Biasa La…Nak Markah SKT Tinggi, Nak Naik Pangkat Cepat, Nak Dapat Anugerah Pekerja Cemerlang Dll Lg La, Janji Orang yang kita ampu tu Sayang & Suka Kita….Yang Tak Tahan Nye Tu Bile Depan Kengkawan Punya La Kutuk Habis org Tu…Jam-Jam Bila Jumpa…(“Eh…Eh… awak Cantik La Hari Ni…Segak Nmpknye…Nak Tau Tak awak, Si Polan-Polan Ni Kan Wat Keje Thah Ape2 Thah…Dia Ni Kan Asyik Songlap Duit Je Keje Pun X Seberapa…Tarik Balik Jawatan Dia Tu awak…”) Lebih Kurang La Ayat Dia…. Adoi Hai X Leh Tahan…Ayat Mengampu Dia….Tapi Bila Dah Terkantoi Dengan Kawan2-Contoh Ayat Yg Biasa Orang Gunakan …( “Eh….X De La…Mane Ada i Cakap Mcm 2, Siapa La Yg Fitnah Ni….X Baik Tau Fitnah2 Org….Dosa Tau”) Lebih Kurang La Ayat2 Famous Yg Biasa Digunakan…Tak Mengaku Lak 2…..Hampeh Punya Orang….

Kat Tempat Keje Aku Ni Aku Rasa La Ada Orang Yang Jenis Ni….Tp Aku Sendiri Pun X Tau Sape Orgnye…Tp Ada Kot….Aku Just Melihat Dan Memerhati Je.Tak Usik Mereka Pun. Manusia Jenis Talam Niey Bahaya Tao! Kenape Aku Cakap Macam Tu? Nak Tahu? Sebab, Talam Dua Muka Niey Adalah Orang Yang Bermuka-Muka. Bukan Ade Banyak Muka. Tapi Bermuka-Muka. Macam Setan Bertopengkan Manusia. Mereka Hipokrit, Menipu Untuk Kesenangan Dunia, Munafik! Haihhhh..Dunia, Dunia...Macam-Macam Hal! Pandai Berkat-Kata, Dengan Tujuan Untuk Membeli Jiwa Orang Lain. Aku Dijatuh-Jatuhkan, Seolah-Olah Aku Yang Bersalah. Sedangkan.....Tuhan Saje Yang Tahu…Tapi Aku Manusia…Apekan Daya....Hanya Sekadar Seorang Pendidik Yang Tidak Berpangkat….Hanya Mampu Berdiam Diri….Sepi Tanpa Bicara….Bagai Melukut Ditepi Gantang (Lirik Lagu Aishah) Even Dah Lama Aku Tahu.Aku Tetap Tak Bersuara.Malas Nak Sakit-Sakit Otak.

Fikirkan Perbuatan Dia Tu. Tapi Makin Lama Makin Menjadi.Apa Yang Aku Buat Semuanye X Kene…semuanye x boleh…

"Ya Allah, Kau Tabahkanlah Hati Hambamu Ini Ya Allah"Aku Kecewa Dengan Manusia Macam Ni.

Nak Cerita Banyak2 Kat Sini Tak Boleh.Nanti Ade Plak Yang Terasa.Ampun Maaf Dipinta.Aku Kene Luahkan Setitik Jugak….Tika & Waktu Ini…Memang Kau Diatas. Tapi Tak Mustahil Kau Akan Jatuh One Day. Aku Hanya Mampu Melihat Diam Tanpa Kata-Kata.

p/s: siapa yang mkn cabai dia la yg rasa pedasnye….

Thursday, February 24, 2011

BAJU BATIK - UnTuK HaRi KhAMiS...


Batik 1 Malaysia

Hai….hari ni hr Khamis,cam biasa la sebagai government servant kite kene la pakai pakaian rasmi khas utk hr khamis….korang mesti taukan pakaian ape tu….hihihi mesti lah baju batik….ni nk story mory la skit tentang baju batik…asal sebut je batik mesti korang tau kan negeri mana yg popular dengan pembikinan kain batiknye….Terengganu & Kelantan lah. Bukan negeri lain 2 tak de wat kain batik…ada tp x semewah 2 negeri 2….bg aku lak, aku mmg suka corak batik buatan negeri Terengganu…cantik2 batik dia….

Kalau sebut batik ni….tentu la korang fikirkan kain sutera kan…aku punya banyak la koleksi sutera batik ni…..dari yang murah hingga yang mahal ( x mahal mane pun ). Asal ge je Terengganu mst aku akan sambar 1-2 helai utk wat baju kurung utk g keje @ urusan rasmi….nk pakai utk kenduri x kot….mcm janggal je pakai batik….malu la….

Sebenarnye walaupun aku bnyak koleksi baju batik sutera tu tp aku jarang sekali nk pakai wat gi keje….nak tau kenapa????bukan syg sbb baju tu mahal tp…. Sebabnye aku ni malas nak gosok kain sutera….pergh….bukan main susah aku rasa nk gosoknye….nak hantar dobi rasa membazir la pulak….sedangkan baju-baju lain mmg aku dah malas nak gosok ni kan pula baju sutera….tapi kekadang tu aku pakai gak….ye lah dah beli x kan nk biarkan dlm almari 2 je….mcm hari ni, aku pakai baju batik sutera ...sbb tetiba je aku jd rajin hari ahad lepas utk gosok baju ni….kire mood rajin dtg la 2….tp minggu depan….minggu depan…depan…x tau lg….

Hubby aku mmg x berape suka la bila tiap kali kalau g terengganu nk sutera….asal pegi je nk 1….tp nnt x pakai….membazir katanye….tp aku x fikir mcm 2….kalau aku nk aku beli je la…pakai x pakai 2 lain kire….janji beli….hihihi….sebenarnye kat post ni aku bukan nk cerita tentang berapa banyak aku punya koleksi kain sutera tp dah sutera ni mmg sinonim dgn corak batiknye dan kebanyakkan penjawat awan mmg pakai batik sutera pd hr Khamis & urusan rasmi so kat sini aku cerita la serba sedikit tetang tajuk dibawah….( aku copy paste dr Rumaizi’s Official WebBlog ) utk pengetahuan umum…

Hukum memakai sutera ketika sembahyang

MUQADDIMAH

Industri tekstil dan fesyen berkembang maju dengan terhasilnya pelbagai jenis kain seperti cita, cotton, sutera, polyster dan sebagainya. Selalunya, selain daripada paten, potongan , corak dan jenama, jenis kain juga mempengaruhi harga. Sudah menjadipengetahuan umum, kain sutera adalah salah satu jenis kain yang mahal harganya.
Perkembangan fesyen yang begitu pesat, dipelopori pula oleh pihak kapitalis dan orang-orang barat yang tidak mengambil kira hukum-hakam , menyaksikan lambakan pasaran pakaian yang diperbuat daripada sutera samada pakaian lelaki atau perempuan.
Banyak tali leher yang menjadi trend berpakaian moden pria diperbuat samada daripada sutera seratus peratus, atau campuran dengan bahan lain.
Kertas kerja yang terbatas ini cuba untuk membincangkan berkenaan hukum
memakai sutera bagi orang lelaki khususnya, dan kesannya terhadap ibadat sembahyang sebagaimana persoalan yang dikemukakan di atas.

ASAL-USUL SUTERA
Dalam The Dorling Kindersley Illustrated Factopaedia, diterangkan secara ringkas tentang asal-usul sutera yang berasal daripada kepompong rama-rama sutera yang dikenali secara saintifiknya sebagai Bombyx Mori. Ia diproduksi oleh ulat rama-rama putih yang dikenali sebagai ulat sutera yang memintal kepompong sutera.
Kepompong ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam air panas yang menggelegak dan kemudiannya, sutera tersebut akan dikeluarkan dan dipintal menjadi benang. Setiap kepompong dikatakan dapat menghasilkan sehingga lebih daripada 1 lometer panjang. Daripada benang inilah kemudiannya ditenun menjadi kain.Biasanya, kain sutera asli mengeluarkan bauan yang harum.

HUKUM 1 : ADAKAH SUTERA ITU NAJIS ?

Prof. Dr. TM. Hasbi Ash Shiddieqy dalam himpunan buku kuliahnya, Ahkam Al-Fiqh Al-Islami atau Hukum-hukum Fiqh Islami menyatakan, air mata dari sesuatu yang masih hidup, peluhnya, air liurnya, air hidungnya. Hanya kesucian segala benda yang tersebut ini, apabila dia itu dari binatang yang suci, baik binatang itu dimakan dagingnya
atau pun tidak. Demikian pendapat Syafe’i. Manakala ulama Hanbaliyah berkata, suci air mata, peluh, air liur dan air hidung apabila yang demikian itu daripada binatang yang dimakan atau dari selainnya asal sahaja binatang yang semisal kucing atau yang lebih kecil daripadanya dan bukan pula keluar dari (jalan) najasah.
Kepompong sutera adalah sesuatu bahan yang keluar daripada mulut ulat sutera yang kemudiannya ia memintalnya menjadi kepompong yang membaluti dirinya. Dalam kitab Sabil-Al-Muhtadin, Syeikh Arsyad Banjari menyatakan, dan demikian lagi, suci
ulat sutera dan telurnya iaitu yang keluar daripadanya ulat sutera.
Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa sutera itu tidaklah najis, maka ia adalah sesuatu yang boleh disentuh, dipakai dan disimpan. Persoalan yang akan kita bincangkan seterusnya ialah hukum pemakaian sutera samada oleh lelaki atau perempuan.

HUKUM 2 : PEMAKAIAN SUTERA.

Adalah diketahui umum, bahawa hukum memakai sutera adalah haram bagi lelaki tetapi diharuskan bagi perempuan. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil yang ditunjuki oleh nas As-Sunnah. antaranya;

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Umar bin Khattab RA yang berkata; Rasulallah SAW telah bersabda; Kamu jangan memakai sutera. Maka barang siapa yang memakainya di dunia tidak akan memakainya di akhirat.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Anas RA katanya; Rasulallah SAW bersabda ; Sesungguhnya ini adalah pakaian orang yang tidak ada bahagian untuknya ( di akhirat ).
Daripada kedua-dua hadis di atas, Rasulallah SAW melarang memakai sutera dan diancam pula dengan keadaan yang akan berlaku di akhirat kelak. Ia dibuat dengan lafaz umum tanpa mengkhususkannya kepada sesiapa.Kemudian terdapat pula hadis berikutnya yang mengkhususkan pengharaman itu kepada orang lelaki sahaja.

Diriwayatkan oleh Abi Daud, dari Ali KW katanya : Aku melihat Rasulallah SAW memegang sutera di tangan kanannya dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda :Kedua ini haram kepada orang lelaki dari umatku.
Dan hadis yang berikutnya pula mengkhususkan lagi bahawa ia haram bagi
lelaki tetapi harus pula buat perempuan.
Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Abu Musa Al-Ansary RA katanya; Rasulallah SAW bersabda; Telah diharamkan memakai sutera dan emas pada orang lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi orang perempuan mereka.
Manakala hadis berikutnya mengkhususkan lagi penggunaannya. Diriwayatkan oleh Bukhari dari Huzaifah RA katanya ; Nabi SAW melarang kami minum dalam bekas daripada emas dan perak atau makan di dalamnya, dan juga memakai sutera yang halus atau tebal atau duduk di atasnya.
Berdasarkan kepada riwayat-riwayat di atas, adalah jelas bagi kita bahawa pemakaian sutera adalah diharamkan untuk lelaki tetapi diharuskan untuk wanita sebagaimana juga emas dan perak.
Walau bagaimanapun, di sana terdapat riwayat yang mengecualikan pengharamannya atas sebab-sebab kesihatan.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas RA katanya; Rasulallah SAW telah mengizinkan Az-zubair dan Abd. Rahman bin Auf memakai sutera kerana kedua-duanya sakit gatal-gatal.
Adalah jelas bahawa pengharusan sutera kepada lelaki hanyalah atas sebab-sebab kesihatan seperti penyakit kulit dan bukannya atas sebab-sebab yang lain,samada sebab imej atau gaya.

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

Sekarang kita tinjau pula syarat-syarat sah solat sebagaimana yang
diterangkan dalam kitab-kitab Fiqh khususnya dalam mazhab Syafe’i.
Al-Imam Syazali dalam kitabnya Al-Wajiz menerangkan bahawa syarat-syarat sah solat ialah;
1. Suci daripada hadas, samada hadas kecil atau besar. Orang yang hendak mendirikan
solat mestilah tidak dalam keadaan junub atau berhadas besar yang mensucikannya
dengan mandi hadas dan juga hadas kecil yang mensucikannya ialah dengan wuduk.

2. Suci daripada kotoran yakni najis, samada pada badan, pada pakaian dan pada tempat solatnya.
3. Menutup aurat. Bagi lelaki auratnya dari paras pusat sehingga lutut manakala bagi
perempuan kesemua anggota tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan.
4. Meninggalkan berkata-kata, yakni tidak berbicara dalam solat.
5. Meninggalkan perbuatan yang banyak, iaitu tidak bergerak dengan pergerakan yang berat lebih dari tiga kali.
6. Meninggalkan makanan, yakni tidak makan ketika solat.

Dalam kitab yang lain pula meletakkan syarat sah solat dengan tambahan mengadap kiblat dan mengetahui masuknya waktu solat.
Dalam syarat-syarat di atas, soal pakaian yang dibincangkan hanyalah dari segi kesuciannya dari najasah dan juga pakaian itu menutup aurat. Tidak kedapatan dalam syarat-syarat tersebut, dan penghuraiannya, tentang pakaian itu hendaklah yang harus dipakai.

KESAN MEMAKAI SUTERA DALAM SOLAT

Berdasarkan huraian di atas, samada dari segi pengharaman memakai sutera, dan juga syarat-syarat sah solat mengenai pakaian, ianya mempunyai kaitan yang berbeza.
Pengharaman memakai sutera bukan kerana kenajisan sutera tersebut di mana hanya lelaki sahaja yang dilarang memakainya dan tidak pada perempuan.Jika sekiranya sutera itu sesuatu yang najis, maka sudah tentu keharamannya juga meliputi kaum wanita.

Manakala solat tidak sah, jika sekiranya pakaian itu bernajis dan juga tidak cukup syarat menutup aurat. Kesimpulannya, jika sekiranya pakaian sutera itu dipakai tanpa ada apa-apa najis dan juga cukup syarat menutup aurat, maka solatnya adalah sah dan ia tidak mendatangkan kesan apa-apa dari segi sah batalnya solat.

Persoalannya, pakaian sutera itu haram di pakai, samada di dalam atau di luar solatoleh lelaki. ianya sama dengan hukum memakai pakaian yang dirampas, dicuri dan sebagainya yang bukan miliknya yang mana ia tidak menjejaskan kesahihan solat seseorang. Justeru itu dapat difahami bahawa memakai sutera bagi lelaki di dalam solat tidak memberikan apa-apa kesan kepada solatnya dari segi hukum Fiqh, dan ianya hanya mendatangkan kesan dari segi diterima atau tidak solatnya kerana jelas memakai sesuatu yang diharamkan dalam solat. Sedangkan solat itu ialah mengadap Allah SWT dan sayugianyalah mengadap Allah SWT hendaklah dengan keadaan taat kepada perintah agama dan menjauhkan larangan agama.
Sedangkan penerimaan solat oleh Allah adalah urusan-Nya, kerana orang yang cukup syarat pun kita tidak tahu samada solatnya itu diterima atau tidak. Kemungkinan, jika kita tinjau dari sudut Tasawuf, maka penghuraiannya adalah berbeza.Oleh kerana kertas kerja ini berkisar kepada persoalan Fiqh semata-mata, maka kita tidak berhasrat untuk menghuraikan dari sudut disiplin ilmu yang lain.

KESIMPULAN

Berdasarkan huraian di atas, adalah jelas bagi kita, bahawa solat seorang lelaki yang memakai sutera tidak memberi apa-apa kesan dari segi sah-batalnya mengikut hukum syarak. Cuma, orang itu adalah berdosa kerana memakai sesuatu yang diharamkan oleh syarak, samada ia dipakai dalam solat atau pun di luar solat.

Wal-Lahu A’lam.

BIBLIOGRAFI

1. Imam Nawawi, Riyadh As-Salihin, terj : Salim Bahresy, Pt.Al-Maarif, Bandung.

2. Al-Qaradhawi, Syeikh Yusuf, Halal dan Haram Dalam Islam, PT Bina Ilmu, Surabaya.

3. Prof. Dr. TM Hasbi Ash-Shiddieqy, Hukum-hukum Fiqih Islam, Bulan Bintang, Jakarta.

4. Al-Banjari, Syeikh Arshad, Sabil Al-Muhtadin, Pustaka Nasional, Singapura.

5. Al-jazariy, Abd. Rahman, Kitab Al-Fiqh Ala Mazahib Al-Arba’ah, Dar Ad-Dayan At-Turath, Mesir.

6. Jawad Mughniyah, Al-Fiqh Ala Mazahib Al-Khamsah, Dar Al-Jawad, Beirut.

7. Kitab As-Solah, tanpa diketahui pengarang dan penerbit.

8. The Dorling Kindersley Illustrated Factopaedia, DK Book, London.