salam
rasanya belum terlewat lg saya nk ucapkan tahun baru kepada anda semua.....Semoga tahun baru ini menjanjikan yang terbaik untuk diri kita semua...Amin....
Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.
Apa ada pada nama
Jika tidak seindah maknanya
Apa ada pada jiwa
Jika tidak semulia hatinya
Apa ada pada sikap
Jika tidak secantik budinya
Apa ada pada manusia
Jika miskin segala-galanya
Dunia tempat kita menyemai. Akhirat tempat kita mrnuai. Beribadatlah bagai kita akan mati esok hari kerana itulah matlamat kita dijadikan. DariNya kita datang. Kepadanya kita pasti pulang. Namun berkerjalah seolah-olah kita hidup seribu tahun lagi. Demi kecemerlangan diri dan pewaris generasi nanti. Taburlah bakti sebanyak-banyaknya kepada insane kerana ganjarannya penuh dengan kemanisan