CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

HAPPY ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

HAPPY BIRTHDAY ARYAN MIKAEL

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 29, 2010

C.u.T.i oh! C.u.T,i ***MIKAEL

Minggu ni aku ambil cuti rehat seminggu terus dari 27hb - 31hb/12.2010....so bermakna tahun depan baru aku masuk kerja balik...bukan ape..cuma nk merehatkan diri setelah letih bekerja....hihihi...macam la telih sgt keje aku tu....setakat jd 2nd lectere je sem ni rasanye x banyak sgt la kerja aku kot berbanding sem lepas. Ok la berbalik pada cerita cuti rehat aku ni ye...sepanjang cuti aku setakat hari ni la kan...aku duk kat rumah je...jd surirumah sepanjang masa.Kerja aku mengemas,masak,lipat kain & yang agak letih skt tp seronok adalah.....menjaga hero kesayangan Family aku.....jeng...jeng...jeng....Aryan Mikael...sebenarnya d'post ni aku bukannye nak story sgt pasal cuti aku tu tp aku nak story pasal macam mana aku jaga Mikael yang comel 2 dr pagi sampai petang b4 baba dia balik dr kerja...slalunye sikit2 klu aku x dpt wat aku akan panggil hubby untuk tolong...sebenarnye...aku akui sepanjang Mikael ada dlm hidup kami rasanya hubby akulah yang paling banyak jaga dia....aku ni nama je mama dia tp....nak uruskan anak pun banyak lg kelemahannya.Hubby aku 2 mmg seorg baba yang best in the world...anugerah yg aku berikan pada hubby aku 2.Mak aku kata...."bukan senang nak dapat laki mcm gafa 2...klu mcm tu leh la beranak ramai"...ish...mak aku ni...sakit pegnant & scissors dulu pun x hilang lg...ni kan nk tambah lg 1....eeee nnt2 la...lum terfikir lg.Mikael ni anak yg baik sebenarnye...cuma wat masa ni tgh lasak skt...org kata budak tgh nak membesar.Lasak mikael ni ya Tuhan...diakui oleh semua ahli family aku...klu berani,meh la cube jaga Mikael ni...setakat sejam dua pun lum tentu lg...hihihi....kadang2 tu aku pun surrender gak rasanya...tp bile mengenangkan aku ni mama dia...aku mesti bnyk2 bersabar dgn karenah Mikael yg lum tahu ape2 lg ni...sekali sekala 2 terlepas jg 5 jari aku ni kat peha dia 2....kesian lak aku tgk eh...bila dia menangis2...bile aku tatap wajah dia masa dia tidur sayu je rasa hati ni..."maafkan mama ye Mikael"."Mama x niat pun nak babab Mikael"."Mama Sayang Sgt Kat Mikael"."Mikael jgn nakal2 ye Sayang"."Mikaelkan anak baik"......

Friday, December 10, 2010

Jom Kite Cube...

Apa Kah No. Tel Bimbit anda? Cuba ini
Langkah 1:
Masukkan 3 digit pertama no. tel bimbit anda ( tidak termasuk 01X)

Langkah 2:
Kali dengan 80 ( X 80)

Langkah 3:
Tambah dengan 1 ( + 1)

Langkah 4:
Kali dengan 250 ( X 250)

Langkah 5:
Tambah dengan 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

Langkah 6:
Sekali lagi Tambah 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

langkah 7:
tolak dengan 250(- 250)

langkah 8:
Bahagi dengan 2 ( /2)

Apakah no Tel Bimbit anda?

CeRitA HaNTu BuKIt PUtuS N.9

Ni aku nk cite la skt tentang kejadian yang menyeramkan di tempat aku yang dikenali Bukit putus. Sesape yg dr seremban nk ke K.pilah msti wajib lalu bukit 2,tp itu dulu skrng ni dh x payah nk lalu situ lg dah. jalan baru dh siap sepenuhnya.

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..

hahaha...kene tipu...korang...

Wednesday, September 1, 2010

SEJARAH HARI RAYA

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.
Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.
Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”
Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.
Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.
Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.“ Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.
Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.
Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.
Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.
Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.
Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

Friday, August 13, 2010

ayat-ayat power karam singh walia

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau
nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

MENGUMPAN CINTA BAGAIKAN MEMANCING IKAN


Ada kawan? Rasanya tiada manusia tanpa kawan. Kawan mudah dicari.
Dengan sebentuk senyuman, kawan sudah boleh diperoleh. Dengan teh
secawan di warung, kawan sudah boleh dibentuk.
Nilai kawan dan sahabat jauh berbeza.Jika anda ada teman lelaki,dia
mungkin bergelar kawan, bukan pasangan kekasih. Kena pandai bezakan
dengan kawan, sahabat dan kekasih. Sesetengah orang selesa sebagai
kawan, sesetengah orang ingin dianggap sahabat, sesetengah orang
mahu akhirnya digelar kekasih. Perlu lihat tutur kata pada awal
perkenalan, kadang-kadang pada awalnya lagi sudah dapat diduga
apakah dia ingin jadi kawan, sahabat mahupun kekasih.
Ramai gadis bertanya saya soal ini. Dia sudah berhubung dengan saya
selama setahun, mengapa dia tidak faham apa yang ada dalam hati
saya? Perlukah saya memberitahunya bahawa saya menyayanginya lebih
dari seorang kawan?
Nah! Inilah bahananya jika anda tidak cuba memahami riak wajahnya,
tutur katanya dan sikapnya sepanjang berkawan dengannya. Dia mungkin
menganggap anda sekadar kawan, tetapi anda tidak. Anda menganggap
dia lebih daripada itu. Anda mengharapkan cinta tetapi tidak pernah
memberikan gambaran sedemikian. Maka dia tidak memahaminya. Diam-
diam tanpa pengetahuan anda dia menjalin perhubungan dengan orang
lain. Dan orang itu telah pun bergelar kekasih hatinya.
Ramai gadis kecewa direndam perasaan sendiri. Dia memikirkan lain
dan mengharapkan lain tetapi lain pula yang ada pada diri seseorang
lelaki itu. Kena berikan dia sedikit gambaran bahawa anda tidak
sekadar menganggapnya kawan, tetapi kawan yang istimewa, kawan yang
lebih daripada kawan, dan kawan yang ingin dijadikan kekasih.
Bagaimana melakukannya? Anda boleh hantar SMS berbau kasih. Ia
ibarat melemparkan umpan sewaktu memancing. Jika umpan serasi, akan
mengena. Jika tidak, umpan akan terbiar dibawa arus.
Memancing cinta juga begitu. Kena lemparkan umpan dan lihat apakah
umpan disambar. Anda akan menerima balasan yang hampir serupa. Jika
ayat-ayat power yang diberi, ayat-ayat power juga yang sampai
kembali, itu antara lain tandanya kasih bersahut. Jika kata-kata
berbau kasih, sayang dan cinta yang diberikan, yang diterima kembali
adalah kata-kata yang hampir serupa tandanya umpan anda serasi
dengan selera ikan. Boleh terus memancing, boleh terus menghulurkan
umpan. Hingga akhirnya ikan tersangkut di mata kail, ketika itu
bolehlah tarik joran, pegang dan tangkaplah hasil. Tika itu tidak
perlu berselindung lagi untuk mengatakan bahawa anda menganggapnya
lebih dari seorang kawan. Dia adalah kekasih hati dan orang pujaan.
Ramai gadis menjadi mangsa keadaan. Dia tidak pernah tahu dia tidak
dicintai. Dan tidak pernah tahu dia tidak pernah berada dalam
senarai calon untuk dijadikan isteri. Dia berbaik dengan seorang
lelaki dan membiarkan perhubungan itu berjalan dengan baik,
sedangkan dia menyimpan hati, tetapi si lelaki tidak. Setelah
berkawan hampir sepuluh tahun, usia telah lanjut baru tahu dia tidak
sampai ke situ. Dia hanya berbaik, seorang yang baik dan mahu
berbaik-baik.
Kenapa tidak memberikan gambaran awal supaya mudah mengambil
keputusan, samada meneruskan atau beralih arah.
Bercinta adalah seni. Maka anda perlu menggunakan daya kreativiti
dalam meniti di atasnya. Setiap cinta melalui jalan cerita yang
serupa namun tidak pernah sama. Setiap watak yang melaksanakannya
adalah berbeza maka anda perlu memahaminya. Bacalah peribadinya
seawal perkenalan anda dengannnya.
Oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Monday, May 24, 2010

Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz La ilahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diamtetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... 'wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan'. Bertanya malaikat 'Apakah permintaan itu?'.. Berkata burung-burung itu' Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini'. Berkata malaikat itu, 'Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah'. Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sunday, May 23, 2010

Karangan aku dolu-dolu......


Salam....lama tul aku x update blog aku ni.Baru skrang berkesempatan.Tengah duk kemas almari kt rmh mak aku,aku terjumpa la fail lama waktu aku belajar kt kolej dulu.Semak punya semak terjumla la aku karangan yang aku wat masa dulu.Siap ada tarikh dan hari lagi 2.Aku tulis karangan 2 pada tarikh 03/09/01 bersamaan hari Isnin.Karangan aku tu berbunyi macam ni..........

Boringnye....duk kat ghumah nie.Kemas ghumah dah,masak dah,basuh pinggan pun dah,nak buek apo lah ni.Boring giler wa cakap lu.La cakap ngan sapo lak ni.Cakap ngan kau la buku.Sat lagi aku nak buek assignment Cikgu Baharuddin.kalau boleh aku nak buek yang terbaik,walaupun lambek laie nk send.Nak jadi best student bukannya senang.Tul tak pensil...!Kalau diizinkan Tuhan aku nak lah merasa jadi cam gitu-gitulah.Tu pun kalauaku ghajin usaha - InsyaAllah.Boringlah pulak...dah tak de keje lain nak buek.Tapi tak pe....

"Kenapa saya suka rumah saya?"Sabab aku boleh buek apo yang aku suko.Peh tu aku leh main kapal terbang aku yang banyak tu.Eh...dah tinggal skit dah sebab banyak yang dah patah.Adik aku pijak.Tu yang aku bengang tu.Tak pe nanti aku beli banyak-banyak.Aku sorok dalam almari.Jangan bagi adik aku main.Kalau adik aku main mesti patah punyalah.Bukan ape aku ni penyayang orangnye....Bukan nak cakap ape lah kan tapi dah memang kenyataan yang aku sayang pada benda2 milik aku.Orang lain punya lantak kau la.Sendiri mau ingat la beb.Saya ni penyayang orangnye....

" Ya Allah dengan nama Engkau aku hidup dan aku mati "

Dah habis dah karangan merapu aku tu...mesti korang x fahamkan ape yang aku tulis 2...tapi x pe la biarla aku sorang je yang faham...